Lima TikTok terbaik sepanjang raya!

Raya tanpa menziarahi sedara mara yang tercinta dan rumah terbuka pada tahun ini bukanlah perkara yang diimpikan rakyat Malaysia. Akan tetapi, bagi membendung dan mencegah wabak COVID-19, peraturan yang ditetapkan mesti diambil serius.

Walaupun Aidilfitri kali ini agak hambar, netizen di seluruh pelusuk negara tetap kekal kreatif dan menjadikan TikTok sebagai hiburan. Ramai pula tu yang memuat naik video TikTok bersama keluarga sepanjang bulan Syawal, dan banyak yang unik dan menghiburkan.

1) Dato Siti buat Tiktok!

Dato Siti Nurhaliza atau nama singkatannya Tokti akhirnya buat TikTok, sinonim kan Tokti dengan TikTok? Tokti meraih tempat pertama kerana melakukan #WipeItDownChallenge bersama anak perempuannya yang sangat comel.

Apa yang menarik tentang TikTok ini ialah apabila Tok Ti mengelap cermin, dia akan berubah menjadi anak beliau. Akhir sekali kedua ibu dan anak berpelukan dan Tok Ti mencium anaknya. Siapa yang tengok confirm sejuk hati.

2) Sampul raya challenge

Tiktok ni pula antara challenge yang paling banyak dimuat naik di TikTok, Instagram dan juga Twitter. Oleh sebab challenge memerlukan orang yang ramai, biasanya rakan-rakan akan bersama menghasilkan TikTok ini.

Seseorang itu akan membuat transformasi dari berbaju selekeh ke baju raya selepas menutup kamera dengan sampul. Selepas habis feeling mengayakan baju raya yang cantik, sampul harus diberikan kepada orang seterusnya sampai habis video tersebut.

3) Aeril Zafrel ada TikTok versi tersendiri

Disebabkan #WipeItDownChallenge dah jadi tren, Aeril pun memuat naik TikTok beliau tetapi versi tersendiri. Orang lain bila dah mengelap cermin, akan bertukar memakai baju raya, tapi yang peliknya Aeril tetap berbaju sama sampai habis video tersebut.

Walaupun agak pelik, ramai yang mengatakan bahawa maksud sebenar Aeril ialah walaupun dia tidak bertukar pakaian, dia tetap kelihatan kacak. Bila dah tahu mesej sebenar dia, lawak juga Tiktok yang dihasilkan. 

View this post on Instagram

Ok wipe it down challenge accepted 😍😍😍

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

4) Keluarga paling sempoi

Seorang pengguna Twitter (@adamimanullah) memuat naik video Tiktok keluarganya. Satu keluarga kelihatan menari bersungguh-sungguh mengikut irama lagu, sambil memakai baju melayu dan juga baju kurung. 

Apa yang mencuit hati ialah ibu dan bapanya juga sangat tenang melayan kerenah anak-anak dan cuba untuk menari sebaik mungkin. Tiktok ini meraih lebih 150,000 ribu ulang kicau dan 618000 tanda suka di Twitter.

5) #WipeItDownChallenge edisi keluarga

Ramai yang memuat naik video #WipeItDownChallenge tetapi biasanya cabaran ini dilakukan seorang diri sahaja. Seorang pengguna Twitter (@imokseriously) telah memuat naik video sebuah keluarga, tetapi #WipeItDownChallenge ini lain daripada yang lain, sebab satu keluarga berada depan cermin.

TikTok ini dilakukan di cermin ruang tamu yang besar, jadi muat lah satu keluarga. Setiap kali anak perempuan itu mengelap cermin tersebut, seluruh ahli keluarga akan bertukar memakai baju raya dan juga berhenti aktiviti yang dilakukan. Akhir sekali, kesemua ahli tak melayan anak perempuan itu walaupun dia masih mengelap cermin itu.

Jadi, siapa kata raya kali ni tak boleh nak happy sambut meriah walaupun hanya dengan keluarga kecil kita sendiri? Buat saja video TikTok, sudah cukup rasa seronok!

Share