“Media sosial punca artis bercerai” – AC Mizal

Dalam dunia internat melangkaui sempadan ini, ramai yang suka berkongsi setiap perkara yang terjadi dalam kehidupan mereka di media sosial. Tetapi sudah tentu perlu ada batasnya juga.

Berdasarkan pemerhatian seorang pengacara senior ini, Datuk AC Mizal, kebanyakan selebriti bawah 30-an terlalu taksub dengan media sosial sehingga semua perkara hendak diceritakan kepada orang ramai.

Penceraian kerana media sosial

Hal ini juga boleh membawa kepada penceraian. Datuk AC Mizal juga berasa sedih dan kesal dengan penceraian rakan-rakan artis masa kini yang dalam kalangannya terdiri daripada selebriti muda.

Apabila semua benda hendak diceritakan kepada orang ramai sehingga tidak menyimpan langsung perkara peribadi yang sepatutnya tidak patut dikongsikan, akan membuatkan netizen campur tangan, memberi pandangan, sehingga menghuru-harakan situasi.

Kata AC, segala yang dikongsikan di media sosial adalah kebanyakannya yang berpura-pura.

Bukan sebab tiada persefahaman

Bagi pandangan AC, pasangan yang berpisah bukan sebab tiada persefahaman tetapi banyak yang berselindung.

Suami isteri sepatutnya menjadi kawan baik untuk berkongsi segala masalah. Ini akan memberi mereka peluang untuk bekerjasama. Kalau masing-masing berahsia, lebih baik tidak berkahwin.

Bilik tidur penting!

AC juga sempat berkongsi rahsia kebahagiaannya dengan isteri, Datin Emylia Rosnaida. Katanya, kerana kepercayaan dan persefahaman, hubungan perkahwinan mereka telah bertahan selama 17 tahun.

Imej dari: Instagram AC Mizal

Menurut AC, rahsia paling utama untuk kekal bertahan dalam rumah tangga adalah bilik tidur yang kemas kerana itu adalah tempat untuk berdua-duaan dengan isteri. Kalau bilik tidur bersepah, tambah pula dengan kepala serabut selepas balik kerja, memang boleh mencetuskan pergaduhan.

Jadi bagi mereka yang ingin memastikan perkahwinan bertahan, bolehlah cuba tips AC ni. Mungkin menjadi, siapa tahu, kan?

Share