Mencipta Sejarah, Lagu Dynamite BTS mendapat kedudukan pertama dalam carta Billboard’s Hot 100!

Kumpulan K-pop popular, BTS mencipta sejarah apabila lagu terbaru mereka, ‘Dynamite’ mendapat tempat pertama dalam carta antarabangsa, Billboard’s Hot 100.

Paling tinggi pernah dicapai

Memetik laporan Soompi, lagu terbaru BTS ini adalah yang paling tinggi dalam carta yang pernah dicapai oleh artis daripada Korea Selatan!

Menerusi Twitter rasmi Billboard, mereka telah mengumumkan tempat 10 ke atas untuk carta Hot 100 bagi minggu yang akan berakhir pada 5 September 2020.

Carta Billboard’s Hot 100 merupakan carta lagu popular pelbagai genre Amerika Syarikat yang dinilai berdasarkan jumlah pelayaran (streaming), penjualan dan kekerapan dimainkan di radio.

300 000 jualan pada minggu pertama

Menurut Nielsen Music/MRC Data, ‘Dynamite’ telah mencapai sebanyak 33.9 juta pelayar Amerika Syarikat.

‘Dynamite’ juga telah mencapai sebanyak 265 000 jualan muat turun, menjadikan jumlah kesuluruhan jualan 300 000 termasuk versi fizikal iaitu piring hitam (vinyl) dan kaset, pada minggu pertama yang telah berakhir pada 27 Ogos.

Artis Asia Kedua Setelah 57 tahun

‘Dynamite’ telah mengalahkan Psy ‘Gangnam Style’ yang sebelum ini mendapat tempat kedua dalam carta tersebut pada tahun 2012, yang merupakan pencapaian tertinggi bagi artis Korea Selatan ketika itu.

Tambahan pula, ini adalah kali kedua sejak tahun 1963 untuk artis Asia mendapat kedudukan pertama dalam carta itu selepas penyanyi kelahiran Jepun, Kyu Sakamato dengan lagunya yang bertajuk ‘Sukiyaki’ yang bertahan untuk tiga minggu.

Malah, sebelum ini juga lagu BTS, ‘ON’ mendapat kedudukan keempat dalam carta Hort 100 pada bulan Mac, yang merupakan pencapaian paling tinggi bagi kumpulan lelaki dari Korea Selatan ketika itu.

‘Dynamite’ juga mendapat tempat pertama pada carta Digital Song Sales pada minggu ini dan kedudukan ketiga pada carta Streaming Songs.

Wahh! Tahniah BTS!

Share