Zizi Kirana pernah menggegarkan industri hiburan ekoran beberap kontoversi yang melanda dirinya.

Namun, baru-baru ini Zizi dikatakan berang dengan sikap segelintir netizen.

Kurang Senang

Menurut mStar, tindakan segelintir netizen menulis komen yang agak melampau dan tidak beradab ketika mengulas sesuatu isu sensitif di media sosial, telah menimbulkan rasa kurang senang buat Zizi.

Dia berkata segelintir netizen sanggup meninggalkan komen sedemikian tanpa mempedulikan perasaan orang lain terutama individu yang terpalit dalam kontoroversi.

Tegur pelantun lagu Siapa Bap Bap ini lagi, ada segelintir mereka yang sanggup mengeluarkan kata-kata yang kurang enak dan menghukum seseorang tanpa belas ihsan.

“Nak tegur sikit, saya lihat semakin hari semakin ramai yang gemar bagi kritikan dan pandangan tentang kehidupan orang lain di sosial media. Apa sahaja isu, pasti ada yang akan bagi kritikan dan menjadi hakim!

“Kalau membina tak apa, tapi kebanyakannya bila baca komen mereka rasa seram pun ada! Mereka ini seolah-seolah macam tak pernah diajar apa itu adab.

“Sebenarnya komen mereka lebih kepada kurang ajar, agaknya dah bosan sangat ke hidup ini sampai banyak masa nak jaga hidup orang lain?” katanya kepada mStar.

Luah Kecewa Di Insta Story

Zizi seblum ini dilihat berkongsi luahan rasa kecewanya itu menerusi instastory pada Rabu.

Namun dia berkata dia sudah lali dan kalis daripada sebarang kecaman netizen

Zizi juga meminta orang ramai menjaga tutur kata dan tidak melemparkan kata-kata kebencian di media sosial.

“Sepanjang jadi penyanyi, saya dah lali dengan apa pun kata netizen, biarlah mereka nak tulis apa pun, memang netizen macam itu!

“Tapi kita kena sedar tiada manusia yang sempurna dan lebih baik kalau kita doakan yang baik-baik sesama manusia kerana itu lebih bermakna,” katanya lagi.

Haihh macam-macam netizen ni, kalau tidak ada apa nak cakap lebih baik diam supaya tidak mencetuskan kemarahan orang.