Misteri wanita berkebaya di sisi Syed Saddiq

Apabila seorang pemuda memegang jawatan sebagai menteri, sudah pasti akan menimbulkan pelbagai spekulasi dan khabar angin yang hangat, lagi-lagi kalau ada perkara yang berkaitan dengan jantina yang berlainan.

Syed Saddiq menerima pelbagai lemparan yang mengatakan bahawa beliau bercinta dengan seorang wanita berkebaya dan juga memberi kontrak yang besar kepada wanita tersebut.

Siapakah perempuan ini?

Ramai yang mengatakan bahawa wanita berkebaya yang lawa ini seorang transgender setelah gambarnya tular di media sosial bersama dengan Syed Saddiq dalam sebuah pertemuan di Kementerian Belia dan Sukan.

Cleopatra sebenarnya bukanlah seorang transgender, malah beliau merupakan seorang ibu kepada dua orang anak. Beliau juga merupakna delegasi daripada kumpulan sukan elektronik tempatan iaitu Orange E-sports.

Syed Saddiq menjawab gosip

Syed Saddiq menjelaskan bahawa Cleopatra bukan pembantu peribadinya dan juga tidak diberi kontrak besar untuk apa-apa projek dalam Malaysia. Pertemuan ini mungkin hanya untuk berbincang tentang E-sports dalam Malaysia kerana pasukan Orange ini mempunyai pengalaman bermain di luar negara.

Tapi sudah namanya Syed Saddiq, apa saja yang dibuat tentu banyak mata yang memerhati. Harap-harapnya Saddiq tak koyak dan terus kuat lawan muslihat polik!

Share