Kebiasaannya, netizen akan cepat mengecam artis kalau mereka memuat naik gambar-gambar yang dikatakan boleh menuju ke arah kontroversi.

Tapi lain pula bagi pelakon filem Munafik ini, Nabila Huda apabila dia memuat naik gambar dirinya berkemban di laman Instagram dan tidak mencetus sebarang kontroversi.

Sebab nilai seni

Menerusi laporan BH Online, Nabila Huda mengatakan bahawa gambar yang diambil ketika menjalani pengambaran di Terengganu itu mempunyai nilai seni.

“Jadi isu ke gambar berkenaan? Saya tak nampak ada yang mempertikaikan gambar ini apabila melihat ruangan komen.

โ€œSaya kongsi gambar kerana ia cantik dan ada nilai seni. Saya berkemban bukan sebab babak dalam lakonan, tetapi sebab cuaca panas ketika itu.

“Saya sedang menjalani penggambaran di Terengganu, waktu itu. Rumah pula tepi laut. Secara kebetulan, suami, Mohd Izwan Johar merakamkan gambar, jadi saya bergaya sakan sambil menyelitkan bunga di tepi telinga. Hasil gambar memang menakjubkan dan pencahayaan, latar belakang dan kain batik yang disarungkan memang cantik.

“Atas faktor itu, saya kongsi dalam laman media sosial. Setakat ini, saya tak nampak pula komen negatif, mungkin netizen tahu saya bukanlah jenis yang suka menunjuk tubuh semata-mata untuk meraih perhatian khalayak. Saya juga bukan sengaja nak cipta kontroversi untuk memuat naik gambar berkemban,” jelasnya.

Netizen takut nak komen

Aktres itu juga tidak menolak kemungkinan bahawa netizen takut nak komen-komen negatif disebabkan dirinya yang selalu membidas sesiapa sahaja yang mengecam tanpa usul periksa.

“Jika netizen takut baguslah (ketawa). Sebelum ini, jika saya ada menerima mesej peribadi dalam IG, saya akan tanya balik apakah tidak ada kaum keluarga mereka yang berkemban.

“Bagaimanapun, tidaklah selalu saya membidas komen negatif yang dilemparkan kerana saya tahu kebanyakan yang mengecam adalah budak sekolah.

“Sebenarnya, ikut mood saya juga. Jika saya mahukan hiburan berikutan bosan, saya akan cari mana-mana komen negatif yang ditulis dan orang itulah akan menjadi mangsa. Jadi, janganlah mudah untuk memperkotak-katikkan orang dengan komen negatif dan sesuka hati,” ujarnya kepada BH Online.

View this post on Instagram

Art berat @niesakhalil ๐Ÿ˜

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Apa pun, lawa betul gambar-gambar yang dia kongsi, serupa macam photoshoot untuk majalah.