Rasanya satu Malaysia tahu perwatakan seorang pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad yang sentiasa kelihatan ceria, easy-going dan lucu. Perwatakan Nabil ini disenangi oleh ramai peminat dia. 

Tetapi Nabil pun seorang manusia biasa dan kalau sudah namanya manusia biasa, mestilah ada masa dan tempatnya untuk dia naik angin. 

Kena double park

Di Instagram miliknya, Nabil ada berkongsi sebuah video yang menunjukkan keretanya dihalang atau di double park oleh sebuah kereta Honda di belakang keretanya.

Di video tersebut, jelas menunjukkan bahawa Nabil sedikit geram dengan keadaan tersebut dan telah membunyikan hon berkali-kali untuk memanggil pemilik kereta berkenaan.

Kena prank?

Kebiasaanya, kereta yang double park akan tinggalkan nombor telefon tetapi bagi pemilik Honda tersebut, bukan nombor telefon yang ditinggalkan tetapi satu nota yang bertulis “Tel no lu pikir sendiri HAHAHA”.

Imej dari: Cari

Ini membuatkan isteri Nabil, Zira Ayub berasakan keadaan ini hanyalah prank. Mana tidaknya, ‘lu pikir la sendiri’ itu sebenarnya tagline Nabil semasa bertanding dalam rancangan Raja Lawak. Jadi sudah tentu pemilik kereta itu tahu kereta yang dihalang sebenarnya kereta Nabil.

Tetapi tak lama setelah itu, Nabil baru perasan yang handbrake kereta tu telah dilepaskan dan kemudian, Nabil pun menolak kereta Honda tersebut untuk keluarkan kereta miliknya.

Nabil juga sempat berkata bahawa pemilik kereta Honda tersebut agak kurang ajar selepas dia berjaya menolak kereta berkenaan.