Meskipun jarang dihimpit kontroversi, nama Hannah Delisha masih lagi muncul di kaca televisyen.

Namun, baru-baru ini pelakon wanita tersebut telah mengambil keputusan yang mampu mengubah hidupnya.

Nekad Berhijab

Sejak membuat keputusan untuk berhijab September lalu, Hannah akui yang dia pernah terfikir soalan rezeki.

Walaubagaimanapun, dia berkata dia percaya dengan ketentuan Allah.

“Saya pernh terfikir addakah akan terganggu sesetengah kerja selepas membuat keputusan berhijab?

“Tetapi bila fikir balik apa yang penting saya berhijab untuk siapa? Untuk Allah.

“Rezeki pun datang dari Allah. Dia yang tentukan dan izinkan rezeki datang kepada kita. Jadi saya tak perlu risau.

“Yang penting saya dah buat kerja sebagai hambaNya dan berasa lebih tenang,” katanya kepada Gempak.

Terima Satu Jenama Tudung

Hannah turut mendedahkan dia ada menerima tawaran daripada satu jenama tudung terkemuka.

“Saya tak nak tertekan sangat fikir pasal rezeki. Dari dulu saya selalu berserah pada Allah.

“Syukur alhamdulillah saya ada terima tawaran daripada satu jenama tudung terkemuka. Saya akan bagitahu lebih lanjut  nanti,” katanya lagi.

Wahhh semakin manis Hannah sejak bertudung ni. Apa-apa pun, semoga urusan Hannah dipermudahkan dan sentiasa dimurahkan rezeki.