Sebut je nama Anju, semua orang dah tahu tentang kelantangan suaranya dalam memberi pendapatnya tentang sesuatu isu.

Namun tidak semua senang dengan kelantangan dia terutama sekali artis dan juga influencer.

Pakaian seperti pelacur

Anju atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie menemplak segelintir influencer yang memakai pakaian menjolok mata demi melariskan produk yang direviu oleh mereka.

Kata Anju, tiada guna memakai pakaian yang sedemikian walhal produk yang direviu tersebut tidak dapat sambutan pun daripada pengikut di laman sosial milik mereka.

“Ada beberapa orang cakap aku pakai selekeh ketika reviu. Untuk akulah orang bayar aku untuk lakukan produk mereka. Influencer lain kebanyakannya tak berbaloi sebab menayang. Habuk pun tarak, jadi motif kau pakai macam GRO tapi jualan tak banyak?

“Kau pakai seksi kau kena hina. Orang bayar bukan untuk kau lacurkan badan atau dikecam,” tegasnya menerusi video IGTV.

Imej terkini

Dulu sememangnya pemakaian Anju agak seksi ketika dia reviu produk pelanggannya, tetapi sekarang tidak lagi.

Anju boleh dikatakan tampil dengan imej yang lebih sopan.

Tambahnya, dia lebih selesa dengan imej terkininya yang tidak bersolek atau mengenakan pakaian seksi ketika membuat reviu produk pelanggannya.

“Saya di kampung, saya banyak kerja. Pergi pasar, kejar ayam dan malas nak tukar baju. Pemilik produk membayar saya untuk menjual barang mereka, bukan untuk pakai macam pelacur untuk lariskan barang mereka. Tak ada gunanya!

“Mereka tak kisah kalau saya pakai plastik sampah sekali pun asalkan barang laku. Sebab itulah kontrak saya dapat disambung, sebab saya real,” jelasnya.

Anju turut berkata, suaminya menyatakan hasrat untuk melihatnya bertudung semula dan dia sedang pelahan-pelahan menuju ke arah itu.

“Saya ada suami, dia nak saya pakai tudung, berjubah… Tapi belum sampai waktunya. Selagi boleh tutup saya tutup. Saya jenis orang yang ringkas dan tak pandai nak bergaya. Sebab itu juga suami saya suruh pakai kemeja-T besar kalau di rumah,” katanya.

Hmmm betul juga apa yang dikatakan oleh Anju tu, kalau nak reviu tu pakai lah yang sopan sikit. Apa-apa pon semoga Anju dimurahkan rezeki dan sentiasa menerima job reviu daripada pelanggan.