Datuk Fizz Fairuz nama yang sangat sinonim dengan indsutri hiburan apabila lakonannya sering kali berjaya meninggalkan kesan keada para penonton.

Namun, semalam isterinya Datin Almy Nadia dikatakan berang dengan sebuah pihak produksi.

Batal Saat Akhir

Almy dikatakan berang apabila tawaran lakonan yang sudah diterima Fizz dibatalkan pada saat akhir dengan alasan jadual lakonan ditentukan sebuah syarikat produksi bertentangan dengan artis lain.

Fizz juga dikatakan sudah menolak tawaran lain disebabkan penggambaran sebuah drama 30 episod sepatutnya dijalankan pada awal bulan Disember telah ditunda pada Januari 2021.

Kemarahan Almy itu dilontarkan melalui Insta Story miliknya.

“Dah block tarikh untuk shooting dari awal bulan 12, tiba-tiba tunda tarikh shooting bawa ke Januari 2021. Suami dah tolak job lain sebab dah berjanji untuk 30 episode katanya. Tiba-tiba cakap batal.

“Tak boleh ikut jadual sebab kena ikut jadual artis lain sedangkan kita dah bagi jadual awal dah lock shooting tiba-tiba cancel! Hangpa rasa apa ya? Apa yang hangpa cuba buat game ini!.

“Orang dah tolak job, apa yang hangpa cuba buat ini! Perasaan, akal fikiran hangpa ada di mana ya! Lain kali jangan susahkan periuk nasi orang faham!

“Tak jadi katperiuk nasi hangpa takapa. Nanti kalau jadi dekat periuk nasi hangpa baru tersungkur faham! Marah betul,” tulisnya di IG story tersebut.

Terkilan Dengan Tindakan Tersebut

Almy turut memberitahu yang dia amat terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu yang dengan mudah mempermainkan suaminya.

Dia turut menjelaskan yang dia turut berasa sedih melihat suaminya dipermainkan malah suaminya itu turut dianggap tidak menepati janji yang sudah dilakukan kepada penerbit drama itu.

“Tanggungjawab faham! Kita manusia pegang pada janji! Bila dah berjanji kita pegang jangan la last minit hangpa buat orang macam sampah faham! Orang lain punya hal, orang lain kena tanggung.

“Sorry la ya, perangai macam ini sebab  itu tidak boleh pergi jauh! Sebagai isteri bila suami murung, marah,suka dan sedih, isteri akan terkesan sebab isteri ini adalah orang yang paling rapat selain daripada orang lain.

“Bila jadi macam ini, sedih tengok sebab kena game. Nanti hangpa sedap buat cerita kat penerbit ‘Datuk tak boleh buat job ini sebab datuk ada shooting lain. Datuk bagi tarikh banyak sangat!

“Lepas itu nanti penerbit jumpa pula ‘la awat Datuk tak buat job tu kan kita dah lock awal’. Sedangkan faham-faham sendiri la ya. Kita bukan macam dulu tau. Dalam satu masa boleh ambil 10 job. Sekarang zaman kita jaga kualiti dan focus!” katanya lagi.

Haihh apa lah orang produksi ni cancel last minute. Semoga ada rezeki lain buat Fizz dan keluarganya!