TikTok ni walaupun orang pandang serong, banyak juga mesej yang boleh disampaikan melalui video yang dimuatnaik. Baru-baru ini, ada seorang pengguna bernama @aiwahida yang berkongsi pandangan tentang layanan pekerja kedai terhadap orang selekeh.
Dalam video tersebut, Wahida yang berpakaian biasa dan juga berselipar, membebel tentang layanan yang diberi kepada orang selekeh yang hendak tengok dan beli barangan yang berjenama dalam pusat membeli-belah.
Kalau ikut kebiasaan dekat Malaysia, memang orang yang selekeh ni akan dapat layanan buruk di kedai berjenama, sebab kononnya orang yang tak ada gaya ni automatik dilihat macam orang miskin dan tak berduit.
Jangan menilai orang dari luaran
Tiktoker ni marah sebab bila dia masuk kedai, seorang pekerja terus pandang atas bawah macam dia ni tak layak nak masuk kedai tu. Lepas tu pekerja tu terus mencadangkan dia untuk tengok barangan yang murah, sebab Wahida ni nampak macam orang yang tak mampu.
Siapa je tak marah, kan? Takkan kena pakai baju berharga beratus dan beribu macam âGucciâ atau âLouis Vuitton baru pekerja nak layan seperti pembeli yang biasa. Nampak sangat orang yang ada âclassâ saja berhak membeli-belah dekat kedai berjenama tanpa dipandang sinis.
âTakkan nak saya datang pakai kot baru nak layan dengan elok?â, ini juga ayat yang dikatakan oleh Wahida.
Budaya ini perlu dihentikan
Mereka yang bekerja di kedai berjenama kenalah tanam dalam otak, yang mereka ni sebenarnya pekerja sahaja dan bukan pemilik kedai tersebut. Hidup jangan nak berlagak sangat sampai tak reti nak menghormati pelanggan.
Sikap pilih kasih terhadap pelanggan ni haruslah diubah, sebab semua orang kena dilayan dengan sama rata. Orang yang berpakaian biasa dan berselipar ni belum tentu orang miskin, kadang kala orang yang berpakaian macam nilah yang mampu borong satu kedai.