Pakai skirt pendek, Mimi Lana dikritik netizen!

Dah kalau namanya selebriti, jaranglah netizen tak komen pakaian yang mereka pakai.

Macam kes pelakon Mimi Lana ni, yang dapat kritikan daripada beberapa netizen sebab penampilannya.

Skirt pendek

Baru-baru ini, Mimi Lana dijemput untuk menjadi pengacara jemputan di Meletop bersama Nabil Ahmad.

Namun, pemakaiannya dalam program hiburan tersebut mendapat kritikan negatfi netizen apabila rata-rata merasakan skirt yang dipakainya itu pendek memandangkan program itu ditonton oleh pelbagai lapisan umur.

Respon dengan tenang

Walaupun ramai yang memberi komen negatfi tentang pakaiannya tapi Mimi Lana tak cepat melatah seperti beberapa artis yang lain.

Malah, pelakon itu menerima komen-komen netizen dengan tenang dan memberi respon secara professional.

Bagus betul Mimi Lana ni, chill je!

Share