Pembunuh Kurang Waras Dibebaskan?

Seorang lelaki kurang waras telah memenggal, membunuh dan membakar makciknya di Saratok, Sarawak.

Tertuduh, Bandang Langu yang berumur 60 tahun telah memenggal, dan seterusnya membakar kepala mak ciknya bersama sebuah motor di kawasan Roban, sekitar pukul 2.00 petang pada 25 Julai 2018.

Tertuduh meluru masuk ke dalam rumah Gelingi Ngaing yang pada masa itu tengah menonton televisen di ruang tamunya. Bandang Langu kemudian terus memenggal kepala wanita tersebut tanpa cakap sebarang perkataan dan meninggalkan tempat tersebut dengan kepala dipenggal.

Tertuduh menyerah diri di balai polis dan kemudiannya dihantar untuk mendapatkan pemerhatian mental di Hospital Sentosa. Mengikut Seksyen 347 Kanun Prosedur Jenayah, Bandang Langu dilepaskan dan dibebaskan selepas pemerhatian tersebut, di mana tertuduh didapati tidak waras.

Sebelum ini, Bandang Langu telah dipenjarakan selama 17 tahun selepas didapati bersalah dalam perbicaraan pembunuhan isterinya sendiri. Tertuduh telah membunuh dan makan otak isterinya kerana malu akan tabiat isterinya yang suka mencuri.


Pada mulanya Bandang Langu dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun, tapi dibebaskan selepas 17 tahun kerana diberi pengampunan oleh Gabenor negeri tersebut.

Seram, bukan?

Apakah pendapat anda?

Share