Antara adat atau agama, yang mana satu patut dipertahankan dan diikuti?

Disebabkan oleh sebuah tweet yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter ini mengenai adat keluarganya, ramai yang mengecamnya.

Peraturan yang lelaki suka

Pengguna Twitter tersebut menceritakan bahawa adat yang  dipratikkan di rumah Ayah Long nya itu adalah peraturan yang para lelaki akan suka.

“Bila makan di rumah Ayah Long, ada peraturan yang mana lelaki mesti suka; air basuh tangan kena ada, lelaki makan dulu dan wanita standby tengok apa tak cukup, apa yang tak cukup, wanita yang cukupkan, sudah makan, lelaki tak dibenarkan angkat pinggan ke sinki atau cuci,” tulisnya.

Lelaki makan sahaja

Pengguna Twitter itu juga menceritakan bahawa dia banyak kali kena marah dengan isteri Ayah Long nya yang digelar sebagai Enda, kerana katanya tugas lelaki hanya untuk makan sahaja.

“Aku dah banyak kali kena marah dengan Enda (Isteri Ayah Long) sebab pi cuci pinggan lepas makan. Katanya tugas lelaki adalah makan sahaja. Memasak, menghidang dan mengemas adalah tugas wanita.

“Nampak macam mendiskriminasikan wanita kan? Tapi ini la adat orang dulu-dulu.

“Tak sempat nasi dalam pinggan habis, air dalam gelas habis, Enda akan standby dah siap-siap ceduk nasi dan nak tuang air dalam gelas. Memang teliti dia tengok lelaki tengah makan.

“Sesudah lelaki siap makan, baru wanita akan makan dan membawang sesama sendiri. Itu yang aku perhati,” jelasnya.

Wanita orang gaji?

Tweet yang telah mendapat hampir 25 ribu retweets (ketika artikel ini ditulis) itu menerima kecaman warga Twitter, yang rata-rata merasakan wanita dilayan tidak kurang seperti orang gaji.

Ada juga yang memberi penjelasan bahawa dalam Islam, adat sebegini seperti bertentangan dengan ajaran agama.

Zaman-zaman sekarang yang mana lelaki dan perempuan keluar bekerja, rasa dah tak relevan dah adat-adat macam ni. Apa pun, tu adat keluarga dia, mungkin mereka selesa macam tu.