Percutian Akhirnya Sebagai Tragedi

Mayat Naya Rivera, 33 tahun, akhirnya ditemui.

13 Julai 2020 bersamaan dengan hari Isnin, mayat Naya Rivera akhirnya diketemui pihak berkuasa berdasarkan pengecaman pakaian mangsa.

Naya, bersama anak kecilnya Josey, berumur empat tahun, telah ke Lake Piru, California pada 8 Julai 2020 lepas. Namun begitu, hanya anaknya yang terlena ditemui dalam bot mereka berdua oleh seorang saksi tiga jam kemudian.

Sherif daerah tersebut, Ventura Bill Ayub berkata bahawa kes ini tidak mempunyai unsur jenayah atau unsur bunuh diri. Lake Piru, California telah meragut banyak nyawa sebelum ini, dengan angin kencangnya dan pusaran air yang berbahaya, orang ramai terlemas.

Naya membintangi siri televisyen remaja, Glee dari tahun 2009 hingga 2011 yang telah membuatkannya terkenal. Mayat Naya dijumpai pada hari yang sama Cory Monteith, bintang siri televisyen tersebut tujuh tahun lepas. Cory Monteith meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan.

Share