“Ratu akan menyusul nanti,” – Selepas Mira Filzah, Safiey Illias pun akan berkahwin?!

Pasti rata-rata rakyat Malaysia tahu bahawa Mira Filzah telah pun berkahwin dengan pasangan pilihannya, Wan Emir.

Ramai yang mengucapkan tahniah kepada pasangan mempelai itu dan ushawan kosmetik, Safiey Illias juga tidak ketinggalan.

Ratu akan menyusul?

Menerusi laman Instagramnya, Safiey repost gambar perkahwinan pasangan sejoli itu berserta kapsyen tahniah disamping mengumumkan bahawa dia akan menyusul kemudian.

“Tahniah Mira Filzah dah kahwin. Tak lama lagi ratu akan menyusul pulak hahaha,” tulisnya.

Dengan lelaki ke perempuan?

Menjengah kepada ruangan komen post tersebut, rata-rata netizen seperti tidak sabar untuk menanti hari bahagia usahawan kosmetik itu tiba. Malah, ada juga yang mengatakan perkahwinan Safiey akan jadi wedding of the year.

Namun, ada juga yang tertanya sama ada pasangannya itu adalah lelaki ataupun perempuan.

Walaubagaimanapun, Safiey tidak mendedahkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidupnya.

Macam-macam lah netizen. Doa yang baik-baik je untuk Safiey Illias.

Share