Remy Ishak bersedekah di Aidiladha

“Tinggi, gelap dan kacak” adalah ungkapan yang tepat untuk jejaka yang terkenal dalam dunia lakonan di negara ini. Hampir setiap filem yang dibintangi oleh Remy Ishak akan mencapai tontotan yang menguntungkan.

Dengan jumlah pengikut dan peminat yang ramai, sudah tentu Remy ingin menjadikan dirinya contoh yang elok. Baru-baru ini, ada khabar angin mengatakan yang Remy ‘belanja’ penduduk Kemboja sempena Aidiladha.

Berkongsi rezeki lebih

Aidiladha 2019 mungkin merupakan sambutan yang gembira bagi penduduk di Kemboja, ini kerana Remy memilih untuk melakukan ibadah korban lembu dan bersedekah kepada golongan yang kurang mampu di Kemboja

Kata Remy, beliau telah lama ada niat untuk melakukan ibadah korban dan akhirnya pada tahun 2019, beliau telah mendapat peluang keemasan untuk ‘belanja’ lembu dengan bantuan daripada kawannya.

Wajar dijadikan contoh 

Sumbangan yang dilakukan oleh Remy merupakan contoh yang harus diikuti oleh artis tempatan yang lain. Ramai daripada mereka mempunyai pendapatan yang lumayan kerana ramai yang mempunyai perniagaan yang meletup.

Remy berjaya menunjukkan bahawa artis juga mampu menolong orang lain yang dalam kesusahan, kalau nak tunggu pihak berkuasa dan pertubuhan tertentu yang buat kerja, memang ramai lagi yang terpaksa berlapar, lagi-lagi waktu perayaan.

Share