Sudah genap empat tahun melayari rumah tangga bersama isterinya, Bella Astillah, Aliff Aziz mengucapkan rasa syukurnya sempena ulang tahun perkahwinan mereka semalam.

Bukanlah suami yang sempurna

Menerusi laman Instagramnya, Aliff mengatakan bahawa dia belum lagi menjadi seorang suami yang sempurna dan mereka telah melalui banyak halangan dan cabaran sepanjang tujuh tahun perkenalan.

“Hari ini menandakan ulang tahun keempat perkahwinan kita sayang. Telah mengenali satu sama lain selama tujuh tahun dan melalui pelbagai cabaran bersama sejak itu.

“Saya belum lagi menjadi suami yang sempurna tetapi Allah telah memberkati kita untuk masih kuat. Dengan kehadiran dua cahaya mata kita, Ayden Adrean dan Ara Adreanna, saya berdoa agar pandemik ini akan berakhir tak lama lagi dan saya dapat bertemu mereka.

“Semoga tahun-tahun yang lebih diberkati hadir kepada kita, InsyaAllah. I love you, Bella Astillah!” tulis Aliff di kapsyen beserta gambar perkahwinan mereka.

Tak singkat, tak juga panjang

Bella Astillah juga meraikan hari bahagianya itu dengan mengucapkan rasa syukurnya melalui laman Instagramnya.

 “Hari ini adalah ulang tahun perkahwinan keempat kami. Ia bukanlah satu tempoh yang singkat tetapi ia juga bukanlah satu tempoh yang panjang untuk bersama.

“Semoga Allah akan sentiasa memberkati perkahwinan ini. Sekarang, saya boleh katakan kehidupan saya lengkap bersama dua cahaya mata kami. Alhamdulillah,” tulis Bella.

Aliff Aziz dan Bella Astillah telah berkahwin pada tahun 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ayden, 3 tahun dan Ara yang baru berusia dua bulan.

Pasangan ini pernah bercerai seketika pada 16 Mei 2019 kerana suaminya telah kantoi curang beberapa kali.

Namun, mereka telah rujuk semula ketika dalam tempoh edah.

Tahniah Aliff dan Bella! Semoga keluarga Aliff-Bella berkekalan hingga akhir hayat.