Umum mengetahui bahawa penyanyi tempatan kesayangan negara ini, Dato’ Siti Nurhaliza aktif dalam bersukan. Beliau juga telah mula menjinakkan diri dalam aktiviti berbasikal sejak beberapa tahun yang lalu malah, suaminya turut mempunyai minat yang sama.

Baru-baru ini, hantaran terbaru Siti Nurhaliza di laman Instagramnya yang mempamerkan dirinya bersantai di laman rumahnya, telah menerima perhatian.

Apa yang gantung tu?

Apa yang menarik tumpuan para netizen di hantaran tersebut adalah koleksi basikalnya yang digantung pada dinding.

Menerusi kapsyen di gambar tersebut, Siti memaklumkan bahawa susun atur tersebut dibuat oleh suaminya. Malah, Siti juga mendedahkan sepanjang perintah kawalan ini, mereka suami isteri hanya berjogging untuk mengekalkan badan sihat.

“Ini betul betul istilah gantung basikal PKP 3.0 kalini kita jogging saja ye.. Dato K punya kerja la ni..” tulis Siti di ruangan kapsyen.

Kagum dan berhati-hati

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya kagum dengan perhiasan dinding milik Siti, yang dikatakan adalah rare.

Ada juga segelintir netizen yang sempat memberi peringatan kepada penyanyi itu agar berhati-hati supaya sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kelak.

Apa pun, nice jugak design rumah macam ni, cumanya kena ada koleksi basikal jugaklah macam Siti.