Sumber imej dari BERNAMA.com

Dipercayai Sugu telah menampar Pavithra berkali-kali sehingga menyebabkan bibirnya berdarah dan lengannya bengak akibat dipukul dengan sabit. Pavithra telah ke hospital untuk melawat saudaranya yang baru melahirkan anak di wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB); suaminya datang dalam keadaan mabuk dan bergaduh dengan pak guard kerana tidak diberi masuk ke dalam.

Mangsa telah membuat laporan polis atas suaminya. Keluarga tersebut telah mengumumkan dalam Instagram bahawa mereka tidak akan aktif dalam media sosial buat sementara masa. Suaminya telah direman selama tiga hari bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.