Adakah cinta telah datang mengetuk pintu hati penyanyi, Sufian Suhaimi dan hos serta pelakon, Jasmine Suraya untuk mengulit cinta? Tiada siapa tahu tetapi gambar-gambar yang bertebaran di media sosial membuat netizen tertanya-tanya.

Baru-baru ini, Sufian Suhaimi telah membuat satu kejutan istimewa buat Jasmine Suraya yang menyambut ulang tahun ke-5 sepanjang berada dalam industri hiburan tanah air.

Datang untuk menceriakan majlis

Dalam majlis tersebut, Sufian telah menyanyikan dua buah lagu kegemaran Jasmine sebagai hadiah di hadapan lebih kurang 30 peminat. 

Menurut Sufian, kalau dia boleh buat orang gembira dengan kedatangannya, kenapa pula dia tak nak buat. Sufian juga percaya yang jemputan majlis telah diatur melalui pengurusan dia dan Jasmine. 

Tambahnya lagi, kebetulan dia tiada komitmen lain jadi dia berasakan tak salah untuk dia datang dan menceriakan majlis tersebut.

Imej dari: Harian Metro

Jasmine crush Sufian?

Menurut Sufian ketika ditemui BH Online, Jasmine minat dengan lagunya yang berjudul ‘Di Matamu’ dan juga bakatnya dalam bidang nyanyian.

Sufian menjelaskan bahawa tidak perlu gosipkan dia dengan Jasmine namun dia mengaku bahawa dia meminati Jasmine dalam diam sewaktu Jasmine menjadi hos dalam program sukan.

Sufian juga sempat berseloroh, mengatakan Jasmine sudah macam crush dia. 

Masih peringkat awal lagi, jadi sama-sama kita doakan yang terbaik buat kedua-duanya ya.