Sharifah Shahira merupakan seorang selebriti yang verstail dan gelagatnya sering kali mencuit hati peminat.

Tindakannya baru-baru ini mendapat pujian netizen dikala beberapa negeri di negara ini ditimpah musibah.

Beri Bantuan

Dia turut tidak melepaskan peluang dalam memberikan sumbangan kepada mangsa banjir di Pantai Timur yang kini terjejas teruk.

Shahira telah mengambil inisiatif untuk memberi bantuan secara peribadi bagi meringankan beban mereka yang terkesan serta terjejas akibat bencana alam tersebut.

Menerusi posting laman sosial Instagram miliknya, Shahira yang lebih mesra dipanggil Shiera telah memberi bantuan berbentuk baju-baju terpakai selain memberi barang makanan serta minuman.

Tidak Kisah Diketawa

Shiera turut memberikan bantuan berupa pakaian dan seluar dalam yang baharu untuk diserahkan kepada mangsa banjir.

Dia juga berpendapat bahawa pakaian dalaman merupakan barang yang mustahak juga kerana memikirkan sudah pastinya ada pakaian yang hanyut.

Shiera juga berkata yang dia tidak kisah diketawa kerana memilih bantuan seumpama itu kepada mangsa banjir.

“Ni cakap terus terang ya seluar dan baju dalam baru saya nak kena beli sebab sangat diperlukan. Aku nak kena pergi beli, size nasiblah main beli ni je banyak size XL ke atas, L faham sangat! Benda dah terdesak nak pakai, saya sumbang lain daripada lain sebab itu (pakaian dalam) pun penting. Seluar dan bra di mana murah nak cari ni, borong dekat mana? Ini pun saya campur duit korang bagi beli air dan barangan dalaman. Nak gelak, gelaklah, tapi ini sangat penting,” kongsinya di IG.

Dalam pada itu juga, Shiera turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sangat prihatin dan berganding bahu dalam mengumpulkan sumbangan untuk membantu mereka yang terjejas ketika ini.

Wahh cayalah Shiera, pedulikan kata orang yang penting niat tu baik sebab nak bantu mangsa banjir.