Elly Mazlein atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom merupakan seorang artis versatile.
Tahun lalu dia mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya iaitu Mohamad Azlan yang merupakan seorang guru.
Rai Ulang Tahun Pertama
Elly telah menyambut ulang tahun pertama bersama suaminya dan perkara itu dikongsi olehnya menerusi sebuah posting di Instagram (IG) miliknya.
Dia juga turut menzahirkan rasa syukur atas kebahagiaan yang dimilikinya setelah lebih setahun melayari bahtera perkahwinan bersama.
“Alhamdulillah .1 tahun bersama. Happy 1st Anniversary Sayang. Tak payah ucapan panjang-panjang lah dekat IG.Nanti mama bisik kat telinga papa.
““Doa dan harapan mama dalam perkahwinan kita. Biar kita saja yang tahu,” tulisnya sebagai kapsyen posting tersebut.

Rakan Artis Turut Mendoakan
Menjengah ke ruangan komen posting tersebut, rata-rata rakan artis turut mendoakan agar mahligai cinta Elly bersama suami kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Terdahulu, Elly pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Azmi Hatta pada tahun 2014 dan dikurniakan seorang anak, Putri Sara Sefhia,4 tahun namun mereka bercerai pada 15 Oktober 2015.

Wahhh sweetnya Kak Lina dengan Papa Awan Nano. Semoga bahtera yang dibina ini kekal hingga ke Jannah.