Nama Fizo Omar tidak asing lagi dalam indsutri hiburan tanah air meskipun dia kini tidak lagi seaktif dahulu.

Fizo kini lebih menumpukan kepada bisnes yang dia miliki. Namun, dia masih lagi menjadi tumpuan peminat untuk bergambar meskipun tidak seaktif dahulu.

Graphical user interface, text, application, chat or text message, email

Description automatically generated

Ada Adab

Menurut Fizo, katanya dia sentiasa bersikap terbuka untuk melayan para peminatnya yang mahu mengambil gambar bersamanya.

Namun, kata Fizo, sebolehnya, biarlah permintaan tersebut mengikut kesesuaian masa dan keadaan yang sepatutnya.

Hal ini kerana, katanya terdapat segelintir peminat seolah-olah tidak mempunyai adab atau ‘common sense’ ketika ingin bergambar.

“Saya sebenarnya tak kisah pun, malah gembira sahaja bila keluar di tempat awam dan orang nak bergambar. Sebagai seorang selebriti kita rasa macam dihargai bila ada peminat nak bergambar ataupun minta autograph.

“Tapi kena tengok lah keadaan dan situasi.’ common sense’ lah, kalau tengah makan atau tengah dalam keadaan yang serius, ada yang siap beri arahan lagi: ‘Awak pergi ke meja sana kejap, kami nak bergambar’, kau baru nak suap makan ni (lagi-lagi tengah lapar tak sempat nak makan) macam mana kau nak react ni?,” luahnya menerusi satu entri di Instagram mliknya.

Tidak Salahkan Peminat

Walaubagaimanapun, Fizo tidak penah menyalahkan peminatnya tetapi sebaliknya cuba untuk memahami mereka.

 Mungkin mereka terlalu teruja sehingga terlupa adab yang sepatutnya ketika mereka ingin bergambar bersamanya atau selebriti lain.

“Kalau bukan selebriti pun akan spoil juga kan bila dia tengah makan dan disuruh ke sana sini untuk bergambar.

“Cuma saya faham kalau letak diri di tempat peminat, bukanlah dia kurang beradab ke apa, kadang-kadang tu terlebih teruja bila jumpa seseorang yang diminati,” jelasnya.

Tambah Fizo, dia berkongsikan pekara ini di IG miliknya bukan kerana marah arau tidak menghargai peminat.

“Bukan marah kongsikan perkara ini, cuma saling mengingatkan sahaja. Biarlah adab kita menggambarkan berapa tingginya nilai bangsa Melayu kita,” jelasnya lagi.

Menurut Fizo lagi, dia tetap bersyukur apabila masih mempunyai peminat yang sentiasa memberikan sokogan kepadanya sejak berkecimpung dalam industri hiburan.

Benar juga kata Fizo tu, kalau tengah makan tu janganlah ganggu, tunggu habis makan dulu baru lah boleh minta untuk bergambar. Buat Fizo semoga terus sukses dalam apa pun yang anda lakukan sekarang.