Walaupun pernah dihimpit kontoversi suatu ketika dahulu, namun Haqiem Rusli masih terus kekal relevan dalam industri muzik tanah air.

Dia kini semakin aktfi dalam menghasilkan karya-karya muzik yang berjaya mendapat tempat di hati peminatnya.

Beli kereta mewah

Baru-baru ni Haqiem ada berkongsi sekeping gambar di akaun Twitter miliknya bersama sebuah kereta mewah.

Pelantun lagu Tergantung Sepi itu mengatakan, dia tidak boleh menutup mulut sesiapa yang mengatakan tentang tindakannya berkongsi fotonya membeli sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz GLC 20 yang dianggarkan bernilai sekitar RM290,000 pada Selasa lepas.

“Saya tak boleh salahkan netizen sebab mereka ada mulut untuk bercakap tapi kalau dipandang secara positif pun tak ada apa pun.

“Saya kongsikan gambar kereta baharu itu untuk memberikan semangat kepada golongan muda.

“Saya tak boleh salahkan sesiapa. Cuma kalau difikirkan secara positif ia bukan untuk menunjuk-nunjuk. Saya kongsikan kebahagiaan saya. Orang nak cakap tu cakaplah, saya tak ambil peduli pun,” katanya ketika ditemu ramah oleh Gempak.

Menabung

Haqiem turut mengakui yang dirinya memang menabung untuk membeli aset yang dia inginkan.

Selain menabung untuk membeli kenderaan, dia turut mendakwa yang dia juga menabung untuk membeli rumah kelak.

“Saya memang ada target untuk beli rumah dan kereta. Saya baru minat kereta ini pada tahun ini. Bila duit tu cukup saya belilah sebab dan sampai masanya,” katanya kepada Gempak.

Haqiem juga turut mengasingkan duit perbelanjaan harian beliau dan simpanannya.

Menurut Gempak, mereka turut bertanya kepada penanyi itu mengapa dia tertarik untuk memiliki kenderaan mewah tersebut dan menjawab ringkas.

“Saya beli kereta itu sebab saya sukakan corak, performance dan rekaan dalaman dan luarannya”, katanya.

Tidak memiliki lesen

Meskipun sudah memliki kenderaan tersebut, namun dia masih belum memiliki lesen kenderaan memandu.

“Walaupun masih belum ada lesen kenderaan, insya-Allah saya akan selesai ujian berkomputer tidak lama lagi dan akan dapat lesen memandu sendiri,” katanya optimis kepada Gempak.

Haqiem turut berkata kenderaan yang memiliki nombor plat kenderaan 1998 bersempena dengan kelahirannya telah dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Hulu Langat.

Wow dahsyat lagi Haqiem ni, muda-muda dah boleh beli kereta mewah. Dengan hasil duit simpanan pulak tu.Netizen jangan nak mengecam pulak tindakan Haqiem ni, ambil saja yang positif iaitu menabung untuk membeli sesuatu yang kita inginkan.

Apa-apa pun semoga Haqiem terus sukses dalam bidang muzik dan menghasilkan lagi lagu-lagu yang best!