“Tujuan saya bukan nak hentam semua orang,” – Ajai mengaku bersalah, memohon maaf kepada Hafiz Zainal

Minggu lepas, nama Ajai, komposer dan juri tetap untuk Big Stage 2020 jadi trending disebabkan komennya kepada Hafiz Zainal, peserta Big Stage 2020, yang dianggap keterlaluan bagi netizen.

Tapi malam semalam, Ajai buat surprise apabila dia meminta maaf kepada Hafiz sebelum persembahannya.

Mengakui bersalah

Ajai yang memohon maaf kepada Hafiz secara berdepan di atas pentas, mengatakan bahawa tujuan dia bukanlah untuk menghentam semua orang dan dia juga mengaku perkataan yang digunakan minggu lepas adalah salah.

Last week was a disaster for my life, tujuan saya di sini bukan nak hentam semua orang tapi cuba fikir secara positif, kamu ada masa singkat untuk tujuh ke lapan minggu, saya tak nak bagi ruang untuk awak selesa, bukan kamu je, semua.

“Saya akui saya salah perkataan, mungkin itu adalah prinsip saya apabila saya menjuri sesuatu kerana saya begitu peka dengan bunyian dan teliti dengan setiap not tapi tak semestinya awak tak bagus,” kata Ajai di siaran langsung Big Stage 2020 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam semalam.

Jauhari mengenal manikamnya

Ajai juga mengatakan hasratnya untuk melihat peserta-peserta Big Stage 2020 ini berjaya apabila mereka keluar dari program tersebut.

“Biar saya dicaci, dihina, dihentam tapi seperti mana yang saya cakap, jauhari mengenal manikamnya dan saya tetap dengan prinsip saya yang apa saya inginkan, apabila budak-budak Big Stage ni  keluar, mereka tau bagaimana cara menyanyi yang betul dan view mereka setanding dengan bakat mereka,” ulas Ajai.

Minggu lepas, Ajai dihentam oleh netizen apabila dia memberikan dua markah kepada persembahan Hafiz.

Haa, Ajai dah minta maaf dah, harap netizen dah tak kecamlah Ajai ni. Hafiz pun chill je gais.

Share