Wakil rakyat nikmati juadah ketika PKP

Walaupun ramai ahli politik yang mendapat sedikit kelonggaran Ketika Perintah Kawalan Pergerakan, ada juga antara mereka yang menggunakan peluang ini untuk melakukan aktiviti yang hanya memakan diri sendiri.

Razman Zakaria iaitu Exco Kerajaan Negeri Perak ini telah menerima pelbagai kritikan setelah gambar beliau dan beberapa individu lain mencetus kemarahan netizen kerana mereka dikatakan tidak mengikut Standard Operating Procedure (SOP).

Imej dari: Sarawakvoice

Santai menikmati makanan

Exco ini bersama dengan Dr Noor Azmi sekumpulan telah menjamu selera beramai-ramai di sebuah Maahad Tahfiz di Lenggong, Hulu Perak. Mungkin perjumpaan ini dilakukan untuk berbincang tentang isu-isu negeri tetapi tidak dilakukan mengikut (SOP).

Razman dan kumpulan yang terbabit tersebut kelihatan duduk sebaris sambil menjamu pelbagai lauk yang dihidangkan. Jelas sekali aktiviti ini tidak adil kepada rakyat lain kerana ramai yang mengamalkan penjarakan sosial dan kekal duduk di rumah kerana mengikut peraturan.

Tidak lari daripada kesalahan

Kesemua individu, termasuk Razman yang terlibat dengan jamuan yang diadakan di Maahad Tahfiz itu dikenakan denda RM1,000 kerana telah melanggar (PKP). 

Sebelum mereka menghadiri jamuan, mereka telah meninjau perkembangan klinik kesihatan yang terletak di Lenggong. Walaupun begitu, perkara yang dilakukan selepas itu tetap salah dan harus dikenakan hukuman yang setimpal dan sama seperti pesalah lain.

Share