Isteri mana tak berang kalau ada perempuan lain mesej suaminya.

Baru-baru ini, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty berang dengan tindakan seorang wanita yang sering mangacau suaminya.

Nak apa asyik cari Azri Iskandar?

Menerusi laman Facebooknya, Ellie meluahkan amarahnya terhadap wanita tersebut yang selalu ganggu suaminya pada lewat malam atas alasan untuk jual produk.

“Nak apa asyik cari Azri Iskandar? Atau kamu nak saya yang cari kamu? Kot ya pun nak jual produk, kejadahnya contact suami orang tengah-tengah malam? Kamu nak minta tolong apa dari suami saya?

“Kamu dah nak kena upgrade? Kejadahnya kau punya upgrade! Apa kena mengena kau punya upgrade dengan keluarga kami?

“Dah nak m****s sangat ke sampai kau terdesak tengah-tengah malam?” tulisnya geram beserta dengan screenshot profil Facebook wanita terbabit.

Dah hantar friend request

Menurut Ellie, dia juga telah menghantar friend request kepada wanita tersebut namun sampai sekarang tidak ada maklum balas.

Ellie juga menyeru bagi sesiapa yang mengenali wanita tersebut untuk menasihatinya supaya jangan kacau suami orang tanpa sebarang sebab.

Alahai, perempuan mana ni berani kacau suami orang? Apapun, semoga Ellie sekeluarga bertabahlah.