Netizen dengan dengki berpisah tiada! Pelakon Zarina Anjoulie yang sering terpalit dengan kontroversi kiri kanan, kini membidas netizen yang mengutuk kefasihan bahasa Inggeris Safawi  Rasid.

Pemain bintang Harimau Malaya itu telah diperkenalkan secara rasmi oleh Presiden pasukan kelab Portugal, Portimonense SC, Rodiney Sampaio di Stadium Perbandaran Portimao, Portugal.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila video Safawi di sidang media dimuat naik di Twitter dan mendapat kecaman daripada netizen kerana bahasa Inggerisnya yang “berterabur”.

Anju backup Safawi

Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju, mengkritik segelintir netizen yang mengutuk pemain bola sepak yang berusia 23 tahun itu walaupun Safawi telah cuba sedaya upaya untuk bercakap dalam bahasa Inggeris.

“Siapa yang kacau Safawi aku nak ludah. At least dia cuba cakap English bukan cakap Melayu kat sana.

“Macam mana nak maju Melayu sikit-sikit nak bahan, biar la dia belajar. Power lah juga dia dapat main untuk kelab sana international daripada korang yang terperap je kat rumah tak ada buat apa apa.

“Sampah punya orang siapa yang duk sindir-sindir dia,” kata Anju di akaun Instagramnya.

Anju juga memuat naik video memohon orang ramai untuk berhenti membahan Safawi dan sebaliknya, memberi sokongan kepadanya yang sedang mengharumkan nama negara.

“Tunjukkan sedikit sokonganlah. Dia dah sampai sana dah sangat bagus,” katanya.

Masih ramai menyokong Safawi

Walaupun video tersebut mendapat kecaman, ramai lagi netizen yang memberi kata-kata semangat kepada pemain bola sepak antarabangsa itu. 

Apa pun, tahniah Safawi Rasid dan jangan koyak dengan warganet!