Beberapa minggu yang lepas, kecoh di lama-laman sosial berkenaan status hubungan Neelofa dan PU Riz berikutan kemunculan pendakwah bebas itu di majlis perkahwinan adik Neelofa.

Setelah lama berdiam, akhirnya Neelofa tampil menjelaskan perkara tersebut.

Tak ada apa-apa

Menerusi laporan Gempak, Neelofa berkata bahawa dia dengan PU Riz tidak mempunyai apa-apa hubungan romantik. Tambahnya, dia akan memberitahu jika sudah bertemu jodohnya.

“Tidak, tiada apa-apa.

“Jangan risau, sekiranya sudah bertemu jodoh, saya akan bagitahu,” katanya.

Memang dah rapat

Kata usahawa wanita itu, PU Riz bukan sahaja rapat dengan dia malah, dengan seluruh ahli keluarganya sejak tiga tahun lalu.

“Kami memang sudah kenal sejak tiga tahun lalu. Dia juga rapat dengan adik beradik dan sepupu saya kerana banyak mengadakan kelas agama dan mengaji bersama.

“Sebab itu dia hadir ke majlis perkahwinan itu kerana adik saya, Aqief sendiri yang mengundangnya. Bukan saya yang menjemput,” jelasnya.

Hormat pendiriannya

Pada masa yang sama, Neelofa juga meminta semua pihak untuk menghormati pendiriannya tentang hal-hal peribadi.

“Ada beberapa perkara yang tidak perlu saya beri justikasi atau kongsi. Boleh bawa kemudaratan.

“Saya mohon semua hormat dengan pendirian saya,” ujarnya.

Tak semestinya rapat dengan ahli keluarga maksudnya ada hubungan istimewa kan. Apa pun, semoga Neelofa dapat bertemu jodoh yang baik!