Ramadan baru bermula tetapi sudah tular sebuah topik hangat yang menjadi perbualan para netizen di Twitter apabila seorang influencer yang menggunakan nama @ibjela menyuarakan pandangannya mengenai kedudukan suami di mata wanita berbanding kedudukan ibu di mata lelaki.

“Islam letakkan ibu sebagai no.1 bagi setiap lelaki. Aku tak pernah nampak ada lelaki question Islam pasal ni, tak pernah dengar lelaki cakap sepatutnya ayah kena equal dengan ibu,” tulis influencer tersebut.

Dia kemudian mempersoalkan bagaimana respon wanita ketika Islam meletakkan suami di kedudukan pertama bagi wanita, sebelum merumuskan bahawa lelaki memikul satu beban yang amat besar untuk menjadi maskulin.

“Tapi bila Islam letak suami sebagai manusia no.1 bagi setiap perempuan, apakah respon wanita?

“Para suami juga kena ingat, ibu no.1 adalah dari segi menjaga perasaan dan hak-hak asas beliau. Tanggungjawab suami terhadap isteri dan anak-anak tetap wajib dijalankan.

“Susah, tapi itulah lumrah jadi lelaki. Masculinity is a burden,” sambungnya dalam ciapan tersebut.

Ciapan yang dikeluarkan pada 21 Mac 2023 itu telah meraih lebih dari 2, 500 ciap semula dan dilihat lebih dari 671 ribu pengguna.

Kepelbagaian Naratif

Kenyataan yang dikeluarkan itu telah mengundang pelbagai naratif daripada netizen.

Ada yang menganggap ciapan beliau bersifat provokatif dan cuba melaga-lagakan lelaki dan wanita dan ada pula yang menganggap ianya sebuah kenyataan yang sia-sia.

Malahan lebih rancak lagi adanya sindiran halus yang ditujukan antara pengguna-pengguna kepada jantina berlawanan untuk menyokong kenyataan itu, sehinggakan menjadi sebuah medan perang di laman media tersebut.

Graphical user interface, text, website

Description automatically generated

Nafkah dan Tanggungjawab

Walaubagaimanapun, terdapat juga pengguna yang arif dan pakar dalam isu tersebut dan mereka berkongsi pandangan sebenar menurut Islam mengenai perbezaan antara nafkah dan tanggungjawab antara menjadi seorang suami dan anak.

Graphical user interface, text

Description automatically generated

Tidak kira ibu atau isteri, wanita masih lagi manusia biasa yang ada kehendak dan keperluan, jadi para lelaki haruslah bijak dalam menguruskan hubungan antara keluarga mereka.

Jangan sehingga yang dikejar tak dapat, yang digendong pula berciciran.