Pernah tak bila kena geletek ketawa terbahak-bahak tapi tak suka langsung sensasi tu malah ada rasa sakit jugak.

Kebanyakan orang tak sedar yang perbuatan geletek ini orang tak suka kerana reaksi mangsa yang digeletek tu kelihatan positif.

Kalau sakit kenapa ketawa?

Selalu kalau orang ketawa ni maknanya mereka gembira tapi kenapa orang yang kena geletek ini tak suka walaupun dia sendiri ketawa gila-gila, ada juga yang marah lepas kena geletek.

Ini disebabkan apabila seseorang itu diusik, akan memberi signal kepada bahagian otak yang mengawal emosi, mengesan bahaya dan juga kesakitan. Jadi apabila seseorang itu digeletek mereka mempunyai tindak balas emosi secara semula jadi untuk ketawa.

Digeletek tu tak semestinya suka walaupun orang tu gelak ketawa malah pergerakan orang yang kena geletek tu seakan-akan orang yang mengalami kesakitan bukan orang yang gembira.

Tu sebabnya kadang-kadang rasa nak pukul je orang yang geletek tu kan.

Dua jenis geletek

Geletek ni walaupun nampak macam simple je ada dua jenis;

Pertama, Garhalesis, adalah apabila seseorang mengusik bahagian yang mudah geli dan secara semula jadinya akan gelak.

Kedua, Knimesis, pula adalah perasaan apabila kulit disentuh dengan lembutnya seperti kain atau bulu yang melalui kulit secara perlahan-lahan. Yang ni dia lebih kepada seseorang tu rasa gatal.

Selalunya kalau yang kawan datang kacau geletek tu jenis yang pertama, Garhalesis, jenis geletek yang tak ada siapa pun suka.

Geletek diri sendiri tak rasa geli

Diri sendiri tak rasa geli bila kena geletek tu adalah disebabkan otak dan badan sudah mengetahui yang tangan atau jari sendiri ingin megusik atau mencucuk diri sendiri.

Ada je cara-cara untuk mengelakkan perasaan geli apabila kena geletek ni, contohnya meletakkan tangan sendiri kat tangan orang yang mengeletek, nanti hilanglah perasaan geli tu. Perkara ini terjadi disebabkan otak menganggap tangan yang mengeletek tu adalah tangan sendiri.

Otak juga boleh diganggu untuk tak rasa geli bila kena geletek, contohnya bila seseorang itu berasa sedih atau marah. Jadi, bila kena geletek, mereka tak merasakan apa-apa sebab otak mereka terlalu sibuk memikirkan benda lain.

Tapikan kalau geletek orang yang tengah marah memang double lah marah orang tu, nanti tak pasal-pasal kena pukul pulak.