Menurut peribahasa Melayu kita, ‘Jika kerbau dipegang pada talinya, jika manusia dipegang pada janjinya’. Yang bermaksud, janji yang dilakukan oleh manusia mestilah ditepati. 

Begitulah seperti apa yang dilakukan oleh Mohammad Rafiezulanwar Jaffri, yang mengotakan janjinya untuk menggunting rambutnya botak di tengah kalau dia mendapat 1 juta komen di laman Facebooknya.

Menerusi status yang dimuat naik olehnya, dia mencabar keupayaan netizen dan menegaskan dalam status tersebut yang dia akan menggunting rambutnya botak tengah kalau dia mendapat 1 juta komen.

Tidak sangka status dapat 1 juta komen

Dia yang bekerja di Singapura juga menyertakan contoh rambut yang bakal diguntingnya dalam status tersebut bagi menarik perhatian netizen untuk memberikan komen dalam status tersebut:

Imej dari: YOY Network

Dia juga menyatakan yang dia tidak akan mendapat 1 juta untuk dia menggunting rambut sebegitu.

Walau bagaimanapun, setelah beberapa jam status itu dimuat naik, warganet mula membanjiri ruangan komen Rafiezulanwar dengan meninggalkan sebanyak 1 juta komen dan lebih 54,000 tanda suka serta 18,000 perkongsian.

Rafiezulanwar nyata terkejut dengan reaksi yang diberikan netizen. 

“Saya sungguh tak sangka benda ini akan mendapat 1 juta komen dan post menjadi tular, memang betul-betul tak sangka, jauh di luar fikiran saya.”

Netizen desak tunjuk bukti rambut yang digunting

Setelah status yang dimuat naiknya telah mencapai jumlah yang diminta dan telah tular, netizen menuntut Rafizeulanwar untuk mengotakan janjinya. Oleh itu, dia telah pun memuat naik satulagi status menyatakan yang dia akan menunaikan permintaan tersebut.

Dia memperlihatkan proses menggunting rambutnya di satu siaran langsung di Facebooknya dan selepas satu jam, ‘rambut barunya’ berjaya disiapkan oleh dua orang hairstylist dan semua yang menonton mengucapkan tahniah kerana tindakan berani beliau.

Imej dari: Facebook Mohammad Rafiezulanwar Jaffri

Netizen rata-rata terhibur dengan cabaran itu, tapi dia juga memohon maaf kepada mereka yang mungkin dia merasakan tindakannya itu agak menjengkelkan.