Gegar Vaganza Ke-7 baru sahaja melabuhkan tirainya semalam dengan pelbagai kejutan serta drama yang berlaku sepanjang program berkenaan bersiaran.

Semalam salah seorang peserta GV7 ini dikecam oleh netizen kerana ucapannya yang dikatakan tidak sensitif.

Pelitup Muka Irritating?

Cliff Umar yang dinobatkan sebagai juara GV7 itu telah menerima hentaman daripada netizen apabila dia mengatakan pelitup muka ‘irritating’ atau menjengkelkan ketika dia ingin berucap sejurus diumumkan sebagai juara.

Rata-rata netizen menganggap kata-kata yang dilontarkan oleh Cliff itu tidak menjaga sensitiviti banyak pihak terutama barisan hadapan yang bertungkus lumus menjaga keselamatan demi menangani Covid-19.

Tidak Ada Niat

Bagaimanapun, Cliff berkata dia tidak mempunyai sebarang niat untuk membuat mana-mana pihak terasa hati.

Dia juga akui yang dia sedang terkejut dengan kemenangan tersebut sehingga bercakap tanpa berfikir dahulu.

“Baru umum menang, selalu saya akan berfikir dahulu sebelum bercakap apa-apa tapi ketika itu, saya terlalu terkejut. Yela, siapa sangka saya akan menang? Saya sendiri pun tak terfikir akan menang.

“Jadi, bila tengah terkejut terlepas cakap perkara yang saya tak fikir dahulu. Sepatutnya saya tak cakap pekara itu dan saya minta maaf sangat. Tiada niat nak menyinggung perasaan mana-mana pihak terutama frontliners,” katanya kepada mStar.

imej dari: Ohbulan

Alahh Cliff terlepas kata je tu, yang penting dia dah minta maaf. Apa-apa pun tahniah buat Cliff sebab dah jadi juara GV7.