Sesetengah individu sanggup melakukan apa sahaja demi wang ringgit, termasuk menjual diri dan terlibat dalam pelacuran kelas atasan.
Inilah yang terjadi kepada segelintir artis dan instafamous yang dibayar RM20,000 sehingga RM40,000 untuk satu malam.
COVID-19 menjadi Punca
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengakui bahawa pandemik COVID-19 dan juga peluang kerja yang terhad menyebabkan golongan ini terlibat dalam sindiket pelacuran kelas atasan.
Presiden Seniman, Zed Zaidi, percaya bahawa golongan ini mencari kemewahan segera dan mudah untuk dipamerkan di media sosial.
“Sebabnya sekarang cabaran kita ialah media sosial. Mereka menggunakan media sosial untuk menunjukkan kemewahan yang tidak setara dengan pendapatan mereka.
“Ia sekali gus menunjukkan yang mereka mungkin terbabit dengan perkara itu. Apa yang kita bimbangkan adalah hanya disebabkan segelintir selebriti, ia boleh mencemarkan imej industri hiburan tanah air,” katanya kepada Harian Metro.
Ada kaitan dengan “Macau Scam”?
Menurut laporan Utusan Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercayai yang aktiviti ini dah lama berlaku dalam industri hiburan.
Yang lebih mengejutkan, orang tengah bagi aktiviti ini adalah juga suspek Macau Scam yang masih lagi segar di minda rakyat.
Sudah Ada Senarai?
Menurut sumber yang sama, mereka sudah ada senarai nama artis dan juga golongan instafamous yang terlibat dalam aktiviti tersebut tapi mereka tidak mahu mendedahkannya secara umum.
“Kita tidak menyebut siapakah individu-individu terbabit, tetapi siapa yang makan cili, dia akan terasa pedasnya,” kata sumber.
Sekarang sudah diketahui yang ada segelintir arits dan juga golongan instafamous ni yang memaparkan kemewahan mereka menggunakan wang ‘segera’.
Janganlah ikut perangai menunjukkan kemewahan, ni dah sampai tahap jual diri, dah teruk habis dah ni.
Semuanya semata-mata demi like.