Baru-baru ini kecoh apabila bekas suami Fatin Afeefa iaitu Adam Shah dikatakan telah membawa anak mereka tidur di hotel bersama seorang wanita.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Fatin menerusi beberapa Instagram (IG) Story miliknya beberapa hari lepas.

Tidur Sebilik?!

Fatin telah memuat naik video perbualan bersama anak perempuan, Ivy Herra Sophia, 5 tahun, yang memberitahu bahawa dia tidur sebilik bersama ayahnya, seorang wanita dan satu nama lagi yang disebut.

Bukan itu saja, Fatin turut mendedahkan melalui IG Story bahawa bekas suaminya itu sudah 4 tahun tidak memberi nafkah.

Tetapi tak lama selepas itu, Fatin telah memadam semua IG Story nya dan memohon maaf kerana menceritakan hal peribadi di laman sosial. Walaubagaimanapun, Fatin menjelaskan dengan tegas bahawa memadam post-post itu, tak bermakna dia sudah okay dengan apa yang terjadi.

Berdiam Diri

Susulan kekecohan isu tersebut, Adam enggan menjawab sebarang pertanyaan dan memilih untuk mendiamkan diri kerana dia ingin membawa pekara tersebut ke mahkamah.

Adam turut menjelaskan bahawa dirinya bukanlah seorang yang baik namun tidaklah sampai melakukan perkara seperti yang dikatakan itu.

“Saya tak nak beri kenyataan sebab nak bawa perkara itu ke mahkamah. Apa yang dikatakan pihak sana (Fatin) itu fitnah!

“Saya sedar, diri bukan la baik sangat tapi tidaklah sampai nak buat perkara tidak senonoh depan anak.

“Apa-apa pun, tak ada apa yang boleh saya komen lebih lanjut dan kita biarkan mahkamah yang menentukan perkara itu nanti,” katanya.

Harapnya perkara ni dapat diselesaikan dengan baik.