Satu ketika dahulu pernah heboh apabila hubungan usahawan Neelofa dan pendakwah selebriti PU Riz dikatakan bergolakan yang turut melibatkan kedua-dua keluarga mereka.
Dan sepertinya pergolakan itu akan berakhir apabila kedua-dua mereka dikatakan sedang memperbaiki dan cuba mencari jalan penyelesaian buat hubungan mereka berdua.
Diuji seperti pasangan lain
Neelofa menjelaskan bahawa hubungan dia dan PU Riz dikatakan lebih baik daripada sebelum dan dikatakan turut diduga seperti pasangan lain yang berada dalam fasa pertunangan.
“Apa yang boleh saya katakan hubungan kami sekarang lebih baik dan lebih positif. Untuk berkongsi perkara lebih serius, saya akan kongsi nanti,” katanya.
Sedikit salah faham
Neelofa turut akui bahawa terdapat sedikit salah faham dan masalah dalam hubungan mereka namun mereka berjaya menempuhinya atas bantuan keluarga.
“Tipu la tak ada pahit manis atau naik turun dalam hubungan. Saya merasai benda yang sama, ada masa, ada salah faham. Kami berdua berjaya mengatasi dengan bantuan keluarga. Alhamdulillah, semua makin baik dan positif,” katanya lagi.
Hubungan kelaurga Neelofa dan PU Riz juga dikatakan sudah kian pulih daripada sebelumnya.
“Alhamdulillah perlahan-lahan selepas kami berbincang dan berkomunikasi. Hubungan makin baik dan pulih. Kami pun bagi masa, tidak memaksa semua orang untuk faham dan menerima. Saya bersyukur sangat,” katanya.
Neelofa juga berkongsi bahawa dia akan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai maklumat perkahwinannya dalam masa terdekat nanti.
Wahh dah berbaik semula, semoga urusan Neelofa dipermudahkan!