Kisah pasangan artis, Mohd Syamsul Mohd Yusof dan Puteri Sarah Liyana telah memasuki muka surat baharu apabila Puteri Sarah ke mahkamah untuk failkan penceraiannya bersama Syamsul Yusof pada 16 Januari selepas sembilan tahun berkahwin.

Pelakon wanita itu seperti telah redha dan terima dengan kenyataan hidupnya untuk memutuskan hubungannya bersama Syamsul Yusof.

Setelah memfailkan borang penceraian, mahkamah putuskan untuk teruskan sesi mahkamah pada 7 Mac.

Tarikh itu seolah-olah memberikan siknifikasi yang penting buat Sarah kerana ianya merupakan hari sebelum tarikh perkahwinannya bersama Syamsul Yusof.

“Sebenarnya 7 Mac tu, tarikh yang mahkamah berikan seperti signifikan kerana kebetulan hari esoknya itu dah cukup sembilan tahun Sarah berkahwin dengan Syamsul,

“Syukur alhamdulillah cukup sembilan tahun Sarah menjadi isteri kepada Syamsul dan selesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik,” kata Sarah kepada media.

Tambah Sarah lagi, mereka akan berbincang bersama-sama keluarganya untuk langkah seterusnya dan mendoakan terbaik buat Syamsul Yusof.

Pernikahan Sarah dan Syamsul pada 8 Mac 2014, Sumber: budiey.com

Diganggu orang ketiga

Keputusan yang dilakukan oleh Sarah ini bukanlah satu keputusan yang mendadak. Syamsul Yusof, Puteri Sarah dan Faghirah Fatini Kazaruddin atau Ira Kazar telah menjadi perbualan ramai semenjak dari tahun lepas lagi apabila ada ura-ura mengatakan Syamsul Yusof telah bertunang dengan seorang pempengaruh.

Tetapi khabar angin ternyata adalah benar apabila pada 16 April 2022, Sarah mendedahkan bahawa Ira Kazar telah menganggu rumah tangganya selama empat tahun.

Gangguan itu juga tidak pernah putus dan telah menyebabkan Sarah dan Syamsul tidak lagi tinggal sebumbung walaupun belum bercerai.

Mangsa buli siber

Sepanjang gangguan rumah tangga yang dialami Sarah, pelakon itu telah mendedahkan yang dirinya sering diganggu oleh pembuli siber dan mempengaruhi kesihatan mentalnya.

“Sebelum ini saya sering diganggu oleh pembuli siber,

“Saya sering menerima mesej kiriman peribadi di Instagram, lantas mengganggu mood saya dan buatkan saya berfikir bukan-bukan sehingga saya dan suami bergaduh,”

Tambahnya lagi, tujuan Sarah bercerita tentang gangguan itu kerana tidak mahu menyimpan perasaannya seorang diri sehingga mengganggu kesihatan mentalnya.

Bertekad untuk bertindak

Pada 30 Jun 2022, selepas selesai jalankan ibadah umrah, Sarah telah memberikan kenyataan untuk memfailkan saman terhadap Ira Kazar kerana gangguan yang melampau sehingga melibatkan anaknya.

Katanya selepas hampir empat tahun menahan sabar dan menanggung derita, Sarah akhirnya bernekad untuk memperjuangkan perkahwinan dan keluarganya.

“Selepas saya pulang daripada menunaikan umrah pada Mei lalu, saya nampak jelas dengan apa yang saya nak buat dan membulatkan tekad,”

“Isu ini tidak berlarutan kalau saya tidak diganggu pihak ketiga yang terus mencabar,”

Setelah saman dah difailkan, proses mahkamah telah berlansung beberapa hari kemudian.

Sarah di mahkamah untuk failkan saman terhadap Ira Kazar, sumber: Rotikaya

Perintah interim injuksi

Pada empat Julai 2022, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sarah berkata mahkamah telah mengarahkan Ira Kazar untuk memasukkan pembelaan dalam masa satu bulan.

Akberdin juga berkata mahkahmah telah mengekalkan perintah interim injuksi untuk menghentikan segala gangguan kepada Sarah dalam sosial media.

“Pihak defenden tidak membantah dan perintah interim injuksi itu dikekalkan mahkamah,” katanya.

Kahwin Senyap

Meneruskan tarikh kepada 21 Disember 2022, Sarah telah mendedahkan bahawa Syamsul sudah pun berkahwin bersama Ira Kazar.

Menerusi akaun Instragram Sarah, dia telah memuatnaik story di Instagram, menyatakan Syamsul telah berkhawin bersama Ira Kazar di Thailand secara senyap-senyap.

Tidak lama kemudian, pada enam Januari 2023, Syamsul telah mengaku bahawa dia telah berkahwin bersama Ira Kazar menerusi akaun Instagramnya.

Akibat daripada tindakan itu, Sarah telah memutuskan untuk memfailkan penceraian namun dia masih akan teruskan samannya terhadap Ira kerana telah melanggar beberapa perintah interim injuksi.

Sarah mengatakan yang dirinya bukanlah bersifat anti-poligami tetapi merasakan tindakkan suaminya tidak adil justeru bertindak menfailkan penceraian.

“Sebenarnya poligami itu indah jika seorang suami itu berlaku adil tapi kerana apa yang terjadi sekarang ini ialah tanpa izin dan perbincangan,” jelas Sarah

Keputusan mahkamah untuk menerima peceraian Sarah dan segala kemas kini akan ditentukan pada 7 Mac tahun ini.