Apa yang tak kena dengan Bukan Gadis Biasa?

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila ada penonton meluahkan rasa tidak puas hati dengan hasil drama bersiri Bukan Gadis Biasa arahan Sheila Rusly yang disiarkan di TV3.

Drama yang diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama itu menerima beberapa kritikan selepas beberapa penonton mendapati terdapat perkara yang tidak kena dengan drama tersebut.

Suntingan diibaratkan seperti hasil kerja budak sekolah

Sebuah status dimuat naik di media sosial Twitter yang mengkritik cara penyuntingan babak dalam drama tersebut yang dianggap agak tidak kemas dan tidak lancar sehingga mendapat perhatian penonton.

Walaubagaimanapun, pihak produksi telah menjawab mengenai isu ini di mana mereka menyatakan kerja penyuntingan susah dilakukan memandangkan musim kuarantin menghalang proses penyuntingan yang terperinci.

Pemilihan pelakon yang tidak sesuai dan solekan yang tidak kemas

Selain masalah penyuntingan, drama tersebut juga dikritik kerana pemilihan pelakon watak orang tua yang dibawa oleh Sheila Rusly. 

Penonton sedar dalam beberapa babak yang ditunjukkan tidak menamppakkan kedutan di tangan watak Opah yang dibawa Sheila Rusly dan menganggap pihak produksi ingin menjimatkan kos dengan tidak mengambil pelakon yang lebih berumur.

Pihak produksi mendakwa sebab mereka tidak mengambil pelakon yang lebih berumur adalah kerana risau pelakon veteran akan berasa letih dengan babak yang banyak perlu dilakonkan dan terlupa dialog.

Ada juga beberapa pengguna media sosial yang mencadangkan beberapa pelakon veteran yang lebih sesuai memegang watak tersebut.

Ayda Jebat ‘kayu’ sebagai tomboi?

Umum tahu yang sebelum ini, pelakon Janna Nick yang selalu pegang watak tomboi dalam mana-mana drama terbitan Shiela Rusly. Tapi sebab ada berlaku konflik antara kedua-duanya, terpaksalah sis Shiela cari pengganti Janna, dan yang dipilih kali ini ialah Ayda Jebat.

Tapi menurut sesetengah netizen, lakonan Ayda Jebat sebagai Johana kayu. Kalaulah Janna tak gaduh dengan Shiela, tentulah pelakon itu boleh bawa watak tomboi dengan lebih baik.

Imej dari: Twitter @Kessmaess

Jangan Koyak harap pihak produksi, tak kisahlah syarikat mana pun, lebih peka dengan penghasilan drama ataupun filem yang dihasilkan dan mengambil kritikan ini sebagai satu pengajaran agar dapat menghasilkan drama yang lebih berkualiti. 

Yang penting, tak mudah koyak bila kena kecam.

Share