Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed mendakwa jenama daging Harimau Menangis telah menjadi hak milik eksklusif miliknya.
Namun, Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) telah tampil untuk memberi penjelasan mengenai isu yang hangat diperkatakan netizen ini.
Tidak dahului pihaknya
MyIPO telah menasihati Noor Kartini supaya tidak mendahului pihaknya apabila dia mendakwa jenama Harimau Menangis telah didaftar sebagai cap dagangan dan menjadi hak esklusif milik syarikatnya.
Hal tersebut telah dijelaskan menerusi satu kenyataan dikeluarkan Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Mohd Roslan Mahayudin.
Menurutnya, permohonan Noor Kartini untuk mendaftarkan jenama daging tersebut baru diterima pihaknya pada November tahun lalu.
Belum jadi hak esklusif
Malah, pihak MyIPO turut menjelaskan bahawa permohonan itu masih belum diluluskan dan masih belum menjadi hak esklusif.
“Sehubungan itu, jenama Harimau Menangis yang dipohon belum lagi diuluskan dan belum menjadi hak eksklusif.
“Permohonan itu sama ada diluluskan ataupun tidak,bergantung kepada hasil pemeriksaan dan pertimbangan oleh MyIPO,” katanya.
Beliau berkata demikian untuk mengulas isu jenama Harimau Menangis keluaran Noor Khan Enterprise oleh Noor Kartini yang tular sejak semalam.
Hmm harap hal ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin agar tidak ada kekeliruan yang akan berlaku lagi!