Sejak Neelofa berpurdah ni ramai pulak orang yang mengikut untuk berpurdah dengan memuat naik gambar berniqab di media social.
Jadi, tak terkejut lah kalau netizen terus menganggap yang Izreen Azminda sudah bertukar imej seperti Neelofa apabila dia up gambarnya berpurdah.
Promote khimar selesa
Tapi, rupa-rupanya gambar tu hanya sekadar perkongsian sahaja dan bukannya bukti dia sudah berpurdah.
“Bila masa kami kata kami berpurdah ni. Ada ni ha sama ja macam dulu. Blog blog ni haish malaih cakap la.
“Sat gi tambah dosa kami ja. Suka bagi netizen buat dosa kering.
“Semalam tu kami nak kongsi dengan ampa ja khimar tu selesa. Kongsi benda baik tak salahkan ampa,” tulis pelakon Kak Marr Raya di kapsyen Instagramnya.
Masih pakai baju macam dulu lagi
Izreen juga turut menerangkan bahawa dia masih lagi dalam proses berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dan bukan niatnya untuk menunjuk yang dia manusia yang sempurna.
“Kami masih sama takda perubahan apa-apa dari segi pakaian sebelum ni. Kami masih pakai macam dulu lagi,” katanya lagi.
Apa-apa pun harap Izreen jangan koyak dengan blog-blog mak cik bawang ni dan semoga terus beristiqomah.