Syatilla Melvin sejak menjadi usahawan, boleh dikatakan kerap menimbulkan kontroversi. Tambah pula dengan cara dia mempromosikan produknya yang boleh dikatakan agak ‘hangat’ buat netizen.

Sebelum ini dia ada mempromosikan produknya dengan tunjuk katil patah tapi nampaknya, isteri kepada Shaheizy Sam ini lagi sekali mengundang kecaman netizen.

Hitam ke cerah

Menerusi lama Instagaram Syatilla, dia ada memuat naik satu video pendek yang mempamerkan perubahan kulit wajahnya daripada gelap ke cerah.

“ Nampak ke nampak sgt weiiii!!!!!! Dari muka macam tapak kaki ke #mukakulitteloq,” tulisnya sebagai kapsyen.

Tak sensitif!

Mukanya yang diconteng hitam dan seterusnya berubah putih selepas menggunakan foundation jenamanya itu telah mendapat maklum balas negatif daripada netizen.

Ada yang mengatakan bahawa Syatilla langsung tidak sensitif kerana isu mengenai warna kulit tak patut dijadikan content. Malah, ada juga yang mengatakan cara itu adalah satu penghinaan dan racially offensive.

Tak kurang juga ramai yang kata Syatilla sengaja buat begitu kerana lapar perhatian.

Sehingga kini, Syatillah masih lagi tidak memberi apa-apa respon mengenai video tersebut.

Alahai, tak salah nak buat marketting tapi kena pastikan lah bukan sesuatu yang offensive. Apa pun, harapnya Syatilla tabahlah menghadap kecaman netizen.