Suhaimi Saad, seorang bekas penyanyi kumpulan nasyid pernah beberapa kali menjadi tumpuan netizen disebabkan pandangannya yang lain daripada lain.

Setelah lama tidak berbunyi, Suhaimi kini muncul dengan satu hantaran baru di laman Instagramnya, yang mana menimbulkan persoalan

Baca, hafal surah

Hantaran terbaru Suhaimi Saad ini seperti memberi penekanan bahawa bumi ini rata serta matahari dan bulan tidak berputar mengelilingi matahari – yang mana telah pun lama diketahui netizen bahawa dia mempercayai perkara yang bertentangan dengan filasafah sains.  

“Baca, hafal Surah Al Khafi, tapi tak percaya bumi datar, percaya bumi dan bulan yang berputar mengelilingi matahari,

“Baca cerita pemuda Alkahfi lari selamatkan iman, tapi selesa dan rilek je dengan apa yang nabi dah pesan,” tulisnya di perkongsian tersebut.

Nampaknya Suhaimi Saad buat perkongsian tersebut bertujuan untuk “menegur” golongan yang masih percaya bahawa bumi ini berbentuk sfera, walaupun telah menghafal Surah Al Khafi.

Tetapi pada akhir penulisannya itu membangkitkan persoalan tentang siapakah MrD yang disebut itu.

Netizen berteka-teki

Melihat pada ruang komen perkongsian tersebut dan portal-portal lain yang menceritakan tentang perkongsian “bumi datar” Suhaimi Saad tersebut, ada seorang netizen berpendapat Mr D itu adalah Dr. Daniel Zainal, seorang pendakwah bebas.

Malah, ada juga yang berpendapat Mr D itu sebenarnya adalah Dajjal. Namun, ada juga yang telah memberi komen yang kedengaran agak kasar.

Tetapi isu ini habis begitu saja, Suhaimi Saad masih tidak buat apa apa penjelasan mengenai perkongsian tersebut termasuklah identiti sebenar MrD, jadi sabarlah para netizen yang suka drama sebegini.