Bekas peserta Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Ziha tidak berdiam diri apabila pengacara Azwan Ali, atau lebih dikenali sebagai Diva AA melontarkan tuduhan yang tidak berasas terhadap dirinya.
Tuduhan melulu itu telah dibuat oleh Diva AA menerusi satu ciapan di akaun Twitternya, yang mana telah pun di’screenshot’ oleh Ziha dan dimuatnaik menerusi laman Instagramnya.
Tuduh tak laku
Diva AA telah mendakwa bahawa Ziha menggunakan duit haram kerana kerap menunjukan rumahnya yang dianggap mewah dengan ruang dapurnya yang mempunyai dekorasi yang mahal.
Menurut Diva AA, Ziha tak mampu untuk memiliki semua itu disebabkan dia adalah penyanyi yang sudah ‘tidak laku’.
Rezeki yang dah tertulis
Meskipun dituduh dengan kata-kata yang kurang enak daripada Diva AA, Ziha memulakan entrinya dengan memohon maaf kepada pengacara itu jika dia ada membuat silap terhadapnya.
Tambah Ziha, dia bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan oleh Maha Esa dan tidak lupa ianya datang daripada doa kedua ibu bapanya.
“Assalamualaikum. Maafkan saya sekiranya ada salah saya dekat awak, walaupun saya tak kenal awak secara peribadi.
“Rezeki yang Allah beri semuanya dah tertulis. Baik rezeki kesihatan mahupun rezeki dikelilingi orang yang baik-baik. Saya bersyukur seadanya.
“Kami suami isteri berusaha sebaik mungkin untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga kami. Apa yang kami ada, adalah dari restu dan doa kedua ibu bapa kami.
“Disebabkan didikan dan dorongan mereka, kami masih dan terus berusaha dalam apa jua kerjaya yang kami lakukan. Semoga dipermudahkan segala urusan harian kita,” balasnya dengan tenang dan profesional.
Alahai Diva AA ni pun, janganlah menuduh sebarangan, nasib baik Ziha chill je.