Seperti yang orang ramai tahu, Mas Idayu atau lebih mesra disapa sebagai mummy memang cukup terkenal dengan cara dia melontarkan komennya di sesebuah rancangan.

Namun, baru-baru ini caranya dipertikai oleh netizen dan juga beberapa artis tempatan.

Kurang Bersetuju Dengannya

Perkongsian Mas Idayu mengenai sikap garang yang ditunjukkan olehnya setiap kali menjadi juri program realiti telah mendapat perhatian pelakon senior Azhar Sulaiman dan Edika Yusuf.

Menerusi ruangan komen di Instagram milik mStar, Azhar dan Edika dilihat kurang bersetuju dengan caranya dan menyifatkan boleh membunuh semangat peserta.

Memalukan Peserta

Menurut Edika, komen seperti itu hanya akan memalukan peserta program realiti tersebut.

“Mengikut pendapat saya memang tak patut komen panas-panas. Ini akan mematahkan semangat dan memalukan mereka sebab satu Malaysia sedang tonton.

“Kita yang berpengalaman patut bagi komen yang membakar semangat bukan memalukan mereka,” tulis Edika.

Menurut mStar, Azhar pula menganggap apa yang ditonjolkan seseorang selebriti itu di kaca TV memberi gambaran kepada netizen mengenai diri mereka sebenar.

Tulis pelakon itu lagi. Kesilapan dalam tutur kata dan gaya juga boleh menghilangkan rasa hormat kepada selebriti itu.

“Ini program realiti dan program bersiaran langung. Bagi saya, apa yang anda tunjukkan akan menjadi asas bagi netizen untuk mengetahui siapa anda sebenarnya.

“Yang rugi atau untung adalah anda sendiri. Silap cakap dan gaya, boleh makan diri,” tulis Azhar di ruangan komen mStar.

Balas Komen

Mas Idayu turut membalas komen Edika dengan mengatakan pelakon tersebut hanya memberi pendapat tanpa mengenali dirinya dan tidak mengetahui sebenar.

“Ikut pendapat awak? Pendapat awak saja? Awak kenal ke Mas Idayu itu sangat-sangat? Kau tahu ke budak yang dia tegur, marah itu, setiap hari WhatsApp, datang makan minum, sayang aku sampai sekarang?” soal Mas Idayu di ruangan komen.

Dia juga dilihat memberi respon kepada netizen yang memepertahankan dan memberi sokongan kepadanya.

Terdahulu, Mas Idayu memberitahu aranya memberi komen sebegitu untuk mengajar seseorang penyanyi baharu dn dia tidak kisah jika cara itu membuatkan dirinya dibenci dan menerima kecaman penonton program berkenaan.

Apa-apa pun, masing-masing punya pendapat sendiri. Harap perserta program tersebut boleh amik yang positif dan buang yang negative untuk jadi lebih baik.