Memang tak dinafikan, populariti dan glamour adalah perkara yang membebankan. Walaupun kehidupan seseorang tu dapat bertukar menjadi senang kerana populariti tapi untuk kekal dalam dunia tersebut memang payah.

Baru-baru ni, Datuk Fazlee Yaakob, cef selebriti terkenal, bersimpati kepada nasib yang menimpa pasangan Youtuber masakan terkenal, Sugu Pavithra.

Tak memahami dunia glamor

Menerusi Gempak, Fazlee berkata bahawa dia kasihan pada pasangan Sugu dan Pavithra yang tak memahami dunia glamor.

Pada pandangannya, lebih baik jika ada kenalan yang boleh ke rumah mereka untuk mengajar macam mana untuk berhadapan dengan populariti, tekanan keluarga dan menjawab soalan media.

Populariti boleh membunuh

Menurut cef selebriti terkenal itu, populariti yang datang tiba-tiba tanpa sebarang ilmu menyebabkan mereka mudah dipersalahkan semula. Padanya, populariti boleh membunuh dan juga boleh beri keselesaan.

Fazley juga meminta rakan selebriti dan para Youtuber untuk membimbing Sugu dan Pavithra dalam hal ini agar mereka tidak ‘terbunuh’ kerana populariti dan boleh membuat pilihan yang sewajarnya.

Harapnya adalah yang datang membantu dan mengajar mereka selok-belok dunia hiburan ni.