Alkisahnya, adalah seorang gadis ni muat naik video di laman Twitternya menggunakan filter Instagram yang memperlihatkan gambar orang ramai di bazar Ramadan. Jadi dia pun acah-acahlah kononnya pergi bazar dan rakam video berjalan-jalan.

Tapi video yang dibuat suka-suka itu nyata mengundang kecaman daripada netizen. Rata-ratanya meluahkan rasa meluat dengan cara percakapan yang bagai ‘dibuat-buat manja’ dan ‘gedik’.

Kuih tepung pelita disebut sebagai ‘tepung pelither’, dan ada juga yang siap taip semula apa yang diucapkan dalam video itu mengikut ejaan daripada sebutan yang disebut.

Bocor cerita rupanya perampas kekasih orang

Hendak dijadikan cerita, selepas video ‘tepung pelither’ yang dibuat Nurul Nadiah Zainuddin atau Naddin, satu lagi videonya mendapat perhatian. Dalam video itu, Naddin memberi sedikit nasihat tentang hubungan cinta. Tetapi ia menjadi isu hangat apabila seorang lagi gadis tiba-tiba muncul dengan membongkarkan cerita bahawa Naddin telah merampas teman lelakinya.

Dari situlah, isu gadis tepung pelither berpanjangan sehingga menjadi bahan bualan hampir semua netizen di Twitter!

Kecoh jadinya apabila gadis yang kekasihnya dirampas oleh gadis ‘tepung pelither’ ni dedahkan perbualan kedua-duanya di WhatsApp. Wah, bukan main manja lagi! Yang seorang mesra dengan boyfriend orang, yang seorang lagi melayan.

Imej dari: Twitter

Maka ada banyaklah keluar video parodi – kononnya keluar jalan-jalan pergi bazar bukan untuk beli tepung pelita, tetapi boyfriend orang!

Rakyat Malaysia memang kreatif kalau bab-bab membahan. Harap-harap gadis ‘tepung pelither’ ni tak koyak dan terus muatnaik video memberi nasihat kepada orang ramai ya.