Pelakon Zara Zya sekali lagi teruji apabila mendapati beberapa pihak tidak bertanggungjawab telah menwujudkan akaun Instagram palsu menggunakan wajahnya.
Untuk pengetahuan umum, baru -baru ni, Zara dituduh oleh segelintir pihak telah “songlap” duit bantuan yang diajukan kepada badan bukan kerajaan (NGO) Malaysiaprihatin miliknya.
“Saya dah koyak!”
Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon telefilem Mencari Nur itu meminta peminatnya untuk berhati-hati dengan taktik kotor individu misteri yang dikatakan mengguna wajah Zara Zya untuk mempromosi and menjual barang elektronik.
“Jangan terpedaya. Saya saman awak @zarazya_iphone_giveaway_fanpag. Tolonglah saya dah koyak dan penat sekarang ni!
“Hari itu kena tuduh songlap duit bantuan, sekarang ada orang ambil kesempatan pula guna nama saya buat peraduan iPhone. Lepas ni tak tahu apa pula.
“Saya tak mahu kalau ada yang tertipu, akan salah saya, buruk lagi nama saya,” tulisnya.
Tak cukup dengan meminta berhenti dengan baik, Zara turut mengancam pemilik akaun palsu tersebut dan berkata akan saman jika dapat jumpa identiti sebenar.
“Benda ni 100 peratus scam, tolong semua pengikut jangan tertipu ya. Kalau saya dapat tangkap, saya akan saman awak,” tambahnya.
Ini semua ujian Allah
Oleh kerana berasa simpati terhadap nasib malang Zara, ramai pengikutnya menawarkan bantuan untuk melaporkan akaun palsu tersebut, malah beberapa pengikutnya turut memberi kata-kata semangat.
“Kalau terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kibar je bendera putih. Ramai akan datang membantu. Tak payah nak buat benda kotor ni, menyusahkan orang saja,” tambah Zara Zya pada ruangan kapsyen.