Komposer,penulis lirik dan penyanyi muda yang sedang meningkat naik, Yonnyboii kini semakin mendapat perhatian para peminat industri muzik tanah air terutama sekali peminat genre rap selepas kemunculannya dalam program ‘Immortal Song’ terbitan TV3.

Kemunculannya di program tersebut mendapat pujian ramai termasuklah artis jemputan program itu iaitu Datuk M.Nasir.

Bekas teman wanita muncul

Biasalah,bila sudah berjaya sudah pasti akan ada yang datang kembali dan berharap cinta akan berputik semula.

Yonnyboii mendedahkan bahawa bekas teman wanitanya ingin kembali selepas dia dilihat kini semakin dikenali ramai.

Tambahnya, sebelum ini dia tidak dilayan oleh ‘bekasnya’ itu walaupun membuat lagu untuknya setiap hari.

Menurut Astro Gempak, ada juga yang cuba mendekatinya sejak dia berjaya meraih populariti.

“Walaupun perasaan marah tu masih ada tapi saya sudah maafkannya. Cuma, kalau boleh saya tidak mahu bertemu dia lagi,” katanya kepada Gempak.

Pernah kena buli

Pelantun lagu Sakit itu juga turut berkongsi yang ada kawannya pernah membuli dia tetapi kini sudah menjadi rakan kongsi.

Dia juga sudah memaafkan rakan-rakannya yang suka membuli dia dulu dan memahami perbuatan kenapa rakannya membuat sedemikian.

“Bagi saya, kita kena sentiasa maafkan orang walaupun mereka pernah buat sesuatu yang tidak baik terhadap kita. Kalau saya di tempat mereka pun, saya pun tak nak kawan dengan orang yang pelik,” katanya.

Menghidap ADHD

Pemilik nama Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin ini turut menyatakan dia menghidap Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif.

Penyakit tersebut membuatnya over-react setiap kali dia bercakap atau over excited terhadap sesuatu pekara.

Dahsyat betul dugaan Yonnyboi sebelum dan selepas dia famous ni ya. Daripada kena buli, ada penyakit sehingga bekas teman wanita mencarinya kembali.

Ramai lagi wanita di luar sana Yonnyboii oii. Semoga Yonnyboii terus berjaya dalam karier yang dia ceburi sekarang. Selamat maju jaya buat anda!