Siapa saja tak kenal dengan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzzaman iaitu ushawan kosmetik.

Namun, baru- baru ini kelihatan ada perselisihan faham antara Shahida dan bekas pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Kak Mel.

Memendam Rasa

Menurut Gempak, setelah sekian lama mememdam rasa, Shahida tampil bersuara mengenai Kak Mel.

Shahida membuat empat hantaran di laman sosial Instagram (IG) miliknya, meluahkan rasa terkilan terhadap Kak Mel yang dilihat memburukkan-burukkan mereka sekeluarga.

Shahida turut mendakwa Kak Mel memanggilnya dengan pelbagai gelaran yang kurang enak sepert ‘Si Bodoh’. ‘Ustazah Jadian’, ‘Betina’, dan lain-lain panggilan buruk.

“Alhamdulillah saya masih boleh memanggil dengan panggilan Kak Mel kerana saya mengenang jasa dia pernah berkhidmat untuk keluarga saya.

“Tidak dengan panggilan ‘Si Bodoh,ustazah jadian, betina atau perkataan buruk yang lain-lain seperti dia memanggil saya sekeluarga,” luahnya di entri tersebut.

Bukan Untuk Mengaibkan

Shahida turut menjelaskan tujuan dia membuat posting tersebut bukan untuk mengaibkan Kak Mel tetapi hanya ingin menjelaskan keadaan supaya tidak terus dipandang sini masyarakat.

“Saya menulis ni bukan untuk mengaibkan Kak Mel. Kak Mel berjasa jaga anak-anak kami dan keluarga saya.

“Jangan la harapnya memburuk-buruk atau bergaduh di mana-mana ruangan komen. Saya hanya ingin menjelaskan keadaan supaya orang terus tidak berburuk sangka pada kami.

“Bila diam orang kata salah, bila bersuara orang kata nak berlawan, Demi Allah tiada niat sebegitu melainkan hanya ingin anda semua jelas.

“Saya terkejut Kak Mel ‘pusing cerita’ ni semata-mata untuk viral, meraih viewers dan followers.

“Kalau ya pun kak nak viral, jangan la mewujudkan cerita yang tidak benar.

“Saya berani menulis sebab saya ada segala bukti sebelum akak berhenti, tak ada benda buruk yang kami lakukan pada akak. Janganlah Kak Mel menimbulkan perkara-perkara yang tak wujud Kak Mel,” luahnya lagi.

Semoga pekara ini dapat diselesaikan dengan baik antara Datin dan Kak Mel. Netizen pulak jangan jadi batu api dan tukang menyampai. Jangan pusing berita mana-mana pihak, biar mereka selesaikan dengan cara yang baik.